Tuesday, June 28, 2011
Cerita kawan ku Sharif
Cerita ni pasai kawan pak long dulu .Nama nya Sharif .Kat sekolah kami panggil dia Sharif lobo .Pak long dengan Sharif ni sama sama mengaji kat sekolah Tunku Malik seterusnya kami ke sekolah Badlishah Pak long dan Sharif ni bukan nya dari golongan yang pintar tapi kami ni suka berusaha.Suka duka bersama dgn Sharif memang lah banyak .Kami sama sama masuk kadet polis Sama sama kena rotan dengan cikgu disiplin mister Maha Shah dan P.S Rau.Sama sama kena ber lari keliling padang tak pakai baju pasai tak siap kerja sekolah dengan cikgu Balaram .Sama sama bertembuk dengan budak sekolah lain pasai depa mengurat budak sekolah Badlishah Sama sama masuk talent show kat sekolah nyanyi lagu kau lah milik ku nyanyian dari Black dog bones Sama sama nyanyi lagu qurbani semasa latihan kawad kadet polis Kawan pak long ni dia ni dulu pengawas sekolah kalau nama pak long naik pasai bising dalam kelas cikgu suruh Sharif ni pi jumpa cikgu disiplin .Kawan baik pak long ni tak sampai hati nak bawa pak long jumpa cikgu jadi sampai sekerat jalan dia suruh tunggu sat lepas tu dia bawa balik ke kelas dan kata pada cikgu yang pak long dah dibawa ke guru disiplin.Banyak kenangan pak long dengan kawan pak long ni .Lepas berhenti sekolah kawan pak long ni kerja kilang sebagai supervisor kemudian dia buka bisnis sendiri bas kilang dan kedai runcit .Setelah berhenti dari berkerja kilang dan meniaga dia telah mendalami ilmu agama dan menjadi orang kuat ustaz halim.Sayang sekali tuhan sayang kan kawan pak long ini pada bulan puasa tahun lepas dia telah pergi meninggal kan paklong dan kawan2 lain pada usia yang muda Mungkin tuhan lebih sayangkan dia maka cerita hari ni buat kawan ku aruah Sharif moga tuhan letakkan kamu di kalangan orang yang beriman amim................
Mulakan Sekarang
Pak long baru saja selesai baca buku orang putih tajuknya Start Where you are tulisan Chris Gardner Untuk makluman penulis ni adalah pengarang cerita the pursuit of happyness dibintang pelakon Will Smirt Mungkin tuan tuan dah menonton cerita ini di mana seorang eksekutif telah dibuang kerja dan terpaksa merempat bersama anaknya tidur di tepi jalan Pak long memang suka cerita dia ni sebab dia mengajar kita akan erti ketabahan hidup.Satu pengajaran yang pak long ingin petik daripada buku ini adalah kita tak boleh menunggu peluang tapi kita perlu mencipta peluang dan gunakan apa yang ada untuk mencapai peluang asal saja peluang itu di cari mengikut lunas lunas Islam.Paklong bukan nya orang bijak pandai tapi bila pak long baca buku ini bagaimana dia mengajar kita erti kawan erti kepayahan hidup dan erti pentingan mencari ilmu.jika tuan2 ada masa dan duit rasanya elok tuan tuan baca buku ini untuk bersantai disamping dapat menambah sedikit ilmu didada.jadi tuan2 apa tunggu lagi ayuh mula kan sekarang untuk transformasi hidup kita sekian dari pak long
Subscribe to:
Posts (Atom)