Tuesday, March 20, 2012
Kisah Silam
Pak long bukan di lahirkan sebagai anak orang berada.Ayah pak long hanya berkerja buruh di pejabat tanah Kulim manakala .ibu pak long tidak berkerja.Kehidupan pak long masa kecik dulu memang susah.Pernah sekali jiran sekeliling kampong pak long ketika itu telah mempunyai tv tapi keluarga pak long tak mampu nak beli tv .Pak long hanya dapat menumpang menonton kat rumah jiran dan pernah dihambat oleh jiran kerana tak dibenarkan menonton bersama .Kehidupan masa itu memang sukar Pak long tak mampu nak beli pakaian walaupun setahun sekali dan hanya mampu beli pakaian terpakai dari kawan kawan Pak long mengambil upah menjual tulang ayam dari peniaga satay untuk dijualkan kepada peniaga bihun sup.Masuk kampung cari daun pisang dan jual kepada peniaga nasi lemak .Boleh kata macam macam kerja pak long buat sampai kerja kedai makan dan berkerja di kilang chop kain dan guni.Semua kerja pak long laku kan demi untuk masa depan dan pak long tak pernah menyesal atas kesusahan tersebut kerana ia nya memberi satu sifat ketabahan kepada pak long dan pak long yakin ada sinar menteri disebalik kesukaran ini . Oleh itu bersabarlah Salam sayang dari pak long din
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment