Sunday, March 18, 2012

Syukur....

Pak long terbaca satu laporan berkiatan di India hanya 46 peratus rumah disana  mempunyai tandas Maksudnya disini 54 peratus tak mempunyai tandas.Cuba tuan tuan bayangkan kalau keadaan ini terjadi di Malaysia .tentu sukar bukan..... dan  kalau  kita bersiar  di sepanjang  jalan tentu kita  lihat pandangan orang membuang air besar sepanjang jalan  tersebut .Kita disini sepatutnya bersyukur kerana tidak berlaku keadaan seperti ini.Semiskin miskin rakyat Malaysia pun  mereka masih ada tempat berteduh dan tandas kecuali mereka yang malas berkerja .Cuma sekarang ni kerajaan perlu pasti kan rakyat yang  hidup di  bawah paras kemiskinan di bantu keluar dari kemiskinan tersebut  Kaedah nya dengan memberi limu kerana dengan ilmu yang ada mereka ini boleh mencari pendapatan dan keluar dari kemiskinan .Pak long harap kita tak jadi macam di India bila rasuah menjadi satu budaya kehidupan dan yang akan menderita adalah rakyat bawahan  .Maka pastikan  ia tidak berlaku Salam dari pak long din.

No comments: