Sunday, March 4, 2012
Negara Kebajikan
Tadi pak long tenguk berita kata seorang pemimpin negara bahawa negara kita tak boleh jadi negara kebajikan takut nanti negara akan bangkrap atau jatuh muflis.Pak long nak betul sikit kenyataan tersebut kerana apa yang di maksudkan dengan negara kebajikan .Negara kebajikan bukan lah memberi wang kepada rakyat semata mata atau memberi wang kepada orang yang malas kerja tapi negara kebajikan adalah pemimpin yang menjaga kebajikan rakyat seperti menyediakan peluang perkerjaan kepada rakyat ,mengawal harga barangan agar tidak di monopolikan oleh golongan tertentu,tidak menindas rakyat dengan mengenakan berbagai bagai cukai ,memberi peluang pendidikan kepada semua tanpa mengira taraf dan darjat dan memberi kemudahan kesihatan pada rakyat dan memberi semula hak rakyat.Itu yang dimana kan negara kebajikan dan tak boleh dipandang dari sudut kebendaaan semata mata. Pak long harap tulisan pak long dapat membetulkan pandangan apa yang di kata kan negara kebajikan dan pak long harap jangan lah pemimpin mengungkit pemberian yang telah diberikan kerana itu tugas dan tanggung jawab seorang pemimpin .maka renung renung kan kata pak long ni Akhir kata salam sayang dari pak long din
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment