Friday, January 21, 2011
Sepetang di Pekan Kulim bersama Pak Long din
Pak long dilahirkan 47 tahun yang lalu di pekan Kulim tempat beranak di kampung kilang sagu .Bagi orang tempatan tentu tahu di mana kampung kilang sagu tu .Kawasan tersebut merupakan setinggan .Pada masa tu ada lebih kurang 20 rumah orang melayu dan sekeliling nya rumah orang cina.Walau pun pak long tinggal bersebelahan dgn rumah orang cina tapi depa tak kacau kami sebab kebanyakan orang melayu yang tinggal di kawasan ini keturunan dari jawa dan petani .Kata pak pak long {dah aruah dah}tok paklong dulu pendatang dari Indonesia datang ke kulim untuk mencari makan di sini tahun 30an .Kemudian dia berkawin dgn orang tempatan .Sebab tu darah jawa masih kuat di dalam diri pak long .Kawasan rumah pak long pada masa tu ada orang tanam padi sehingga awal tahun 70 an .Lepas tu depa tak tanam dah mungkin orang muda tak mahu kerja bendang kebanyakan kerja dengan gomen dan berniaga .Pada tahun 1970 ayah pak long berpindah ke pekan kilang lama lebih kurang 2 batu dari pekan kulim .Tinggal kat rumah murah kilang lama sebab ayah pak long orang gomen Nanti pak long cerita lah pasai kehidupan pak long kat KL tapi nak tenguk sambutan dulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment