Sunday, January 23, 2011
Barang..... oh ......Barang
Pak long semalam pi market dgn maklong .Terkejut pak long melihat harga barang .Ikan temenung hampir sepuluh ringgit sekilo ,ayam lima belas ringgit sekilo. Kalau macam ni bawa lima puluh ringgit tentu tak cukup sekali pi market .Tu tak masuk dengan rempah cabai lagi pening kepala pak long memikir harga barang yang dok naik setiap hari..Orang yang bergaji besar mungkin tak kisah tapi orang yang bergaji kecik macam pak long ni memang terasa sangat sangat.Pak long harap pihak kerajaan tolong pantau dengan semua peniaga peniaga ni Tapi nak salah peniaga pun tak boleh juga sebab kita yang tak mampu nak beli tapi orang lain mampu beli terutama enginer enginer yang kerja kat Kulim high tech. Depa tu setakat sepuluh dua puluh ringgit sekilo tak jadi hal punya.Tapi pak long ni mewakili suara penduduk Kulim yang bergaji rendah harap kerajaan tolong bantu kami .Bukan semua orang yang berpendapatan tiga empat ribu sebulan yang duduk di pekan Kulim terutama orang macam pak long ni.Ini yang di namakan harga pembangunan.Pak long hanya boleh berkata barang ...oh..... barang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment