Saturday, January 28, 2012

Akhirnya

Akhirnya pak long dapat berjumpa kawan kawan lama pak long kat reunion bekas pelajar sekolah Badlishah tengahari tadi.Walaupun pak long tak lama kat majlis tersebut  kerana ada urusan tapi tempoh tersebut dapat di manafaat kan oleh paklong .Hampir tigapuluh tahun tak jumpa kawan kawan sekolah pak long .Ada yang berjaya ada yang kurang tapi yang penting nilai persahabatan yang ditanam  .Terkedu juga terdengar  MC mid bagitau dah sepuluh rakan rakan sekolah  meninggal dunia dalam tempoh tigapuluh tahun kami meninggal sekolah .Pak long harap tahun depan  pak long dapat  berjumpa lagi  kawan kawan paklong jika di panjang kan umur .Namun yang penting persahabatan lebih berharga dari wang ringgit .Salam dari pak long din

Friday, January 27, 2012

Nasib Penjawat Awam

Pak  long dah lama kerja kerajaan .Mungkin setengah orang pikir kerja penjawat awam senang .Ya la.cuti banyak kerja pulak tak teruk kata depa .Sebenar nya kerja penjawat awam memang susah. Pak long dah kerja kerajaan hampir dua puluh empat tahun.Dulu masa kerja kat kilang produk yang dikeluarkan adalah barangan tapi bila dok kerja kerajaan produk yang di keluarkan adalah perkhidmatan .Susah nya bila kita berurusan dengan manusia kerana sikap manusia tidak akan berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan kerana manusia tak sama .Ada orang kata ok ada pulak kata ko .Untuk itu bila kerja kerajaan kena ada ketahanan mental yang kuat .Kalau orang marah  pun kita kena senyum biasanya yang kena teruk di bahagian hadapan Depa ni selalu jadi mangsa.Pak long puji semua kakitangan kerajaan kerana memberi perkhidmatan yang baik sehingga Malaysia akan  menjadi negara yang maju.Tabik kat orang kerajaan termasuk  pada pak long Sekian dari pak long

Tuesday, January 24, 2012

Musim Perayaan

Negara kita ni terkenal dengan musim perayaan .Dari perayaan tahun baru cina ,hari raya puasa, deepavali dan perayaan krismas negara kita tak henti henti menyambut perayaaan ,Tu tak termasuk  perayaan yang lain seperti sambutan merdeka dan perayaan keagamaan .Kalau nak di campor mungkin dekat lima belas hari kita sambut perayaan.Pak long bukan nya tak setuju dengan perayaan ni tapi kalau perayaan terlalu banyak boleh tipis poket .lya la kalau setiap kali perayaan mesti nak balik kampong punya tentu tak sempat nak simpan duit Bagi yang ada mak bapak musim perayaan ni lah nak balik kampong dan bagi yang dah jadi mak bapa maka  anak anak akan balilk kampong jumpa kita.Apa pun perayaan ini akan merapatkan hubungan kekeluargaan Pak long harap kita semua berhati hati ketika  memandu.Salam sayang dari pak long din

Saturday, January 21, 2012

Berani

Hidup ini kita perlu berani,tanpa sikap berani kita tak akan ada pendirian.Orang berani sentiasa itiqamah dalam pendiriaan.Kenapa perlu ada sikap berani dalam kehidupan
1.Orang yang berani ia tidak akan dipermain kan
2.Orang  yang berani akan di pandang tinggi oleh orang lain
3 Orang yang berani tidak akan berdolak dalik dalam perkataaan
4.Orang yang berani tidak akan jadi pembodek dan pengampu
5.Orang berani tak takut untung rugi dalam perniagaan
dan akhirnya orang berani sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru .Oleh itu kita perlu ada sikap berani dalam  tapi.......... biarlah bertempat.Sekian salam.............. dari pak long

Saturday, January 14, 2012

Cerita Kehidupan

Pak long pi tadi makan mee kuah kat machang bubuk .Kalau yang tak tahu pekan machang bubuk bersempadan dengan pekan Kulim.Orang machang bubuk memang pandai masak .Kalau nak tahu nasi tomato paling sedap ada kat pekan machang bubuk begitu juga dengan mee goreng atau mee rebus Ada juga mee kuah ketam tapi dia duk atas sikit kat pekan alma .Pak long kalau ada duit lebih sikit mesti mai kat sini.Mee rebus atau mee kuah dia memang sedap .Kena pula dengan ais kacang gunung berapi.Begitu lah orang yang biasa macam pak long ni tak pernah makan kat coffee house atau hotel kalau makan pun kerana  dapat pi kursus saja.Pak long lihat kehidupan masyarakat kampong memang rata rata nya agak sukar .Tak macam  kehidupan  pemimpin dan korporat .Mereka ni  perlu tenguk keadaan harian penduduk kat bawah ni. Depa kena tahu parlimen di kedai kopi akan menentukan corak pemerintahan negara Oleh yang demikian dengarlah nadi denyut rakyat kerana itu lah cerita kehidupan .Salam dari pak long din

Wednesday, January 11, 2012

Paling Meluat

Pak long ni jenis straight foward guy ,jenis bercakap depan depan .Pak long paling meluat kalau depan kita depa bercakap sikit punya manis tapi belakang kita depa  tikam kita dari belakang .Manusia jenis apa ni.Depa tak sedar ka depa dok makan bangkai .Pak long  ingat kaum jenis ni tak dak kat dunia ni. pun tak pa Buat bala kat orang dok keliling depa .Depa ni kalau kita dok dekat depa pun kita kena bala dan depa mai kat kita pun kita kena bala.Buat apa depa nak fitnah bukan kah rezeki tu  kerja tuhan Tok sak dok buat fitnah untuk dapat habuan dunia .Paling sedih ada yang tua nak mampuih pun perangai macam tu.Pak long harap pak long tak mau kenal dan dekat dengan kaum jenis ni.Jadi manusia lah  yang jujur baru orang sayang dan kenang kita  Akhir kata salam sayang dari pak long

Tuesday, January 10, 2012

Selamat Tahun Baru ...........

Tahun ni kita telah menyambut tahun baru .Bagi yang berumur macam pak long ni bertambah lah satu angka lagi kat umur pak long .Bila sambut tahun baru ni  macam macam azam akan kita buat .Ada yang nak jadi  kaya ada nak simpan duit banyak banyak ,ada nak pi mekah  macam macam lagi  azam yang  akan kita buat dan belum tentu semua azam akan tercapai .Bagi pak long tahun ni pak long  berazam nak jaga kesihatan .Pak long nak kurang kan makan waktu malam dan  banyak kan  senaman tu pun kalau pak long larat .Insyaalah pak long nak berusaha kalau boleh nak jaga makan kerana semua penyakit mai dari makanan.Lagi satu azam pak long nak berusaha sedaya upaya agar kehidupan pak long lebih baik dari tahun tahun  yang lepaih .Apa pun kita perlu syukur kerana telah dipanjang kan umur untuk tahun ini.Salam sayang dari pak long din