Tuesday, September 27, 2011
Sukan Rakyat
Paklong baru baru ni di bagi tanggung jawab untuk menguruskan sukan rakyat.Sukan rakyat yang pak long nak buat ni sukan kampong seperti main jengkek,main ulong, main lari dalam guni, sepak raga bulat ,main batu sambut dan macam macam lagi.Paklong bertindak sebagai setiausaha bersama dengan pejabat Belia dan Sukan .Tujuan utama pak long buat sukan ini nak bagi tau kat golongan muda tentang permainan orang dulu dulu.Walaupun tak glamour tapi permainan dulu boleh buat ramai kawan dan tak keluar duit.Kebetulan pulak nak sambut ulang tahun ke 10 Majlis Perbandaran Kulim.Pak long harap ramai yang datang pada hari tersebut. Kepada sesiapa yang berminat boleh lah datang pada 29 oktober ni jam 8 pagi kat Mini Stadium.Harap tuan puan mai na................Akhir kata salam dari pak long di teratak sepi cengal.
Thursday, September 22, 2011
Kedai Harga Patut
Baru baru ini kerajaan telah melancarkan kedai satu malaysia.Pak long sokong dasar kerajaan tersebut kerana ia dapat memberi nikmat kepada penduduk berpandapatan yang tak seberapa seperti pak long ni.Kedai satu Malaysia ni belum ada lagi kat Kulim.Klinik satu Malaysia ada lah kat taman Kenari tu .Pak long sokong sungguh kerana dia secara tak langsung mengurangkan kos sara hidup.Kalau setakat deman biasa kena tiga empat puluh ringgit baik pi klinik satu Malaysia baru kena seringgit.Paklong harap sangat sangat kedai satu malaysia cepat ada kat kulim ni.Pasai kos sara hidup dah tinggi.kat kulim .Duit tu boleh guna benda lain yang lebih faedah.Harap kerajaan dengar lah pandangan dari golongan seperti paklong ni Aakhir kata hidup ini adalah satu perjalanan ke perhentian terakhir .Salam ...............dari paklong
Wednesday, September 21, 2011
apa bezanya
Pak long suka mengkaji.paklong suka mengkaji watak seorang.Apa beza seorang yang berjaya dengan seorang yang tidak berjaya.Apa bezanya seorang yang boleh menjadi jutawan dengan orang biasa biasa saja.apa bezanya.Apa yang membezakan pencipta dengan pengguna .Apa bezanya pakar matematik dengan seorang yang selalu gagal .Apa bezanya bangsa melayu dengan bangsa lain.Mesti ada rahsia.Paklong tenguk Steve Job pencipta Apples bernilai billon ringgit .Bukan tak ada talipon lain yang bersaing dengan Apples tapi kenapa Apples jadi pilihan .Bagaimana Bill Gates mencipta Window .Tak kan tak dak di dunia ni boleh mencipta lebih baik dari Window.Apa beza nya mereka ini dengan orang lain Pada pendapat pak long yang tak berapa cerdik ni .bezanya daya kreatif .Itu aset mereka .Mereka original tak meniru orang lain .Mereka adalah mereka .Sebab itu bakat mereka di nilai dan dibayar tinggi.Oleh itu mulai hari ini jadi lah original jangan jadi peniru kerana ia tak kemana. Salam dari paklong
Monday, September 19, 2011
Cerita Pekerja kebersihan
Pak long nak cerita kisah harian perkerja kebersihan .Mesti orang nak tahu macammana pak long tahu pasai pekerja kebersihan terutama bahagian kutipan sampah.Sebenarnya paklong pernah dipertanggungjawab kan menjaga kebersihan bandar Kulim .Sebagai seorang penyelia pak long ada pengalaman bagaimana kehidupan seharian si pengutip sampah.Jangan salah anggap bukannya pak long nak merendahkan kerja ini tapi pak long nak bagi pengalaman pada sesiapa yang tak tahu bagaimana kehidupan seharian .Jam 6 .30 pagi pekerja berkenaan akan ke setor lori sampah.Sampai ke setor jam 7 pagi.Bila sampai kat setor mandur atau ketua pekerja akan buat roll call.Roll call adalah kaedah di mana nama perkerja akan dipanggil samada dia kerja atau tidak.Setelah nama dia catitkan tugasan akan di maklumkan oleh penyelia di mana kawasan mana yang perlu di lakukan Biasa kutipan sampah dari rumah ke rumah dijalankan sekurang kurang nya seribu rumah sehari.Setelah lori penuh mereka terpaksa membuang sampah kat tapak sampah di jalan batu putih.Selepas tu sambong pula hingga selesai tugasan kerja kena dihabiskan tak boleh simpan sebab esok kena pi tempat lain pulak .Yang susah nya penduduk tak mahu paham main keluar sampah sesuka hati .Bukan pada waktu yang di tetapkan Bila dah terlepas waktu kata perkerja berkenaan tak kutip sampah.Naya kena marah dengan penyelia.Kadang kala perkerja ni kutip sampah recycle nak pi jual kat keling botol.Depa kata lepaih la duit minum pagi.Paklong tabik kat puak puak ni pasai depa cari rezeki cara halal.Walaupun dunia pandang rendah kat depa tapi kerja depa mulia.tu la cerita serba ringkas pasai pekerja kebersihan Tanpa mereka tak akan wujud kebersihan dan kesihatan sekitar kita Maka hargailah mereka
Sunday, September 18, 2011
Pelajaran dari Greece dan Jepun
Paklong baca berita dari luar negara berkiatan dengan ekonomi .Paklong bukan pakar ekonomi cuma masa muda muda dulu belajak la sikit pasai ekonomi.Yang pak long nak cerita ni pasai Greece.Kalau dulu negara ini megah dengan tamadun nya.tapi sekarang apa dah jadi.Negara ini mempunyai hutang yang terlalu banyak hingga negara ini ta mampu nak bayar hutang ,kesannya pengangguran terjadi terlalu tinggi kerana kerajaan tak mampu nak bayar gaji dan banyak perniagaan terpaksa di tutup sebab ekonomi tak dapat bergerak.Berbeza dengan negara Jepun negara tersebut terpaksa mengawal perbelanjaan disebabkan berlakunya bencana alam Duit dari luar negara terpaksa di kutip untuk membangunkan semula negara mereka.Jika kita melihat kedua dua negara terdapat perbezaan yang nyata .Satu kuat berhutang yang satu lagi kuat menyimpan. Mungkin budaya orang Jepun yang kuat menyimpan menyebabkan bila berlaku sesuatu bencana mereka tak perlu meminjam dana dari luar. Paklong harap kerajaan Malaysia tak buat banyak hutang kerana takut kesannya jadi macam negara Greece.Jgn jadi macam pepatah melayu biar papa asal berjaya tapi jadi lah seperti simpan sikit sikit lama lama jadi bukit.Paklong harap ambik iktibar dari kedua dua cerita ini.Salam dari paklong din........
Wednesday, September 14, 2011
The Badlishah
Tadi pak long saja saja tenguk internet .tertekan blog the Badlishah.Pak long tenguk senior senior pak long dalam blog.Kebanyakan nya dah pencen kalau kerja dengan kerajaan .Yang paklong seronok tu tenguk pesyen dulu terutama tahun 70 an.Glamour habis.masa tu budak budak laki pakai seluar baggy .Yang perempuan pakai skirt singkat .tak pa la masa tu. yang best nya Badlishah masa tu memang terer sukan setakat SMK dengan SMKK boleh makan punya la.Walaupun pak long dah berusia 47 tahun tapi sampai la ni masih paklong ingat lagu sekolah paklong.tu tanda nya dalam nya sekolah ni kat dalam diri pak long. Pak long teringin nak pi reunion nak jumpa kawan kawan lama tapi tak pernah dan sebab depa selalu buat reunion masa raya.Bagi yang balik kampong kat kulim ok la tapi macam pak long yang duduk kat Kulim masa ni la nak balik kampong Tu yang tak pernah dan .insyallah kalau dan paklong nak pi juga.Paklong harap mana mana kawan paklong yang baca blog ni boleh la kontak paklong dapat lah tahu perkembangan kawan kawan lama, akhir kata hidup.................Badlishah Boys
Friday, September 2, 2011
Sambutan Hari Raya
Tahun ini paklong beraya kat rumah saja .tak balik kampong .Pasai nya la ni pak long dah jadi orang tua .Semua adik beradik balik rumah pak long jadi pak long tak balik kampong .Lagi pun nak balik kampong bukan ada sapa dah .Cuma tinggal abang paklong .tu pun dia pun tak larat dah.paklong balik pada hari kedua aje.pi ziarah kubur lepas tu balik kampong sat.Tapi paklong tenguk raya la ni tak meriah macam dulu.ziarah menziarah di antara satu sama lain dah kurang Banyak orang la ni buat rumah terbuka saja itu pun satu hari saja .Lepas tu depa tutup rumah.bukan raya ni untuk sebulan .Bagi paklong kalau nak mai rumah mai la kalau tak dak apa pak long jamu air saja .nak buat macamana kuih raya dah habis tapi tak pa yang penting ingatan dan sudi datang kerumah bukan kuih raya jadi masalah{tapi kalau ada kuih raya baguih lah}.Budak budak la ni tak macam budak dulu lepaih sembahyang raya depa dok kat rumah saja tenguk tv.Tak pi mana mana . Kalau dulu masa zaman paklong pi kutip keliling kampong kutip duit raya Lagi tak cukup sepuluh ringgit tak balik rumah.Lepaih tu pi pekan kulim pi tenguk wayang lepas tu makan nasi kandar.zaman dah berubah.sempena hari baik bulan baik ni pak long nak mohon ampun maaf jika sekira ada terguris rasa dan hati ketika membaca blog pak long ni............Salam dari pak long
Subscribe to:
Posts (Atom)