Monday, September 19, 2011
Cerita Pekerja kebersihan
Pak long nak cerita kisah harian perkerja kebersihan .Mesti orang nak tahu macammana pak long tahu pasai pekerja kebersihan terutama bahagian kutipan sampah.Sebenarnya paklong pernah dipertanggungjawab kan menjaga kebersihan bandar Kulim .Sebagai seorang penyelia pak long ada pengalaman bagaimana kehidupan seharian si pengutip sampah.Jangan salah anggap bukannya pak long nak merendahkan kerja ini tapi pak long nak bagi pengalaman pada sesiapa yang tak tahu bagaimana kehidupan seharian .Jam 6 .30 pagi pekerja berkenaan akan ke setor lori sampah.Sampai ke setor jam 7 pagi.Bila sampai kat setor mandur atau ketua pekerja akan buat roll call.Roll call adalah kaedah di mana nama perkerja akan dipanggil samada dia kerja atau tidak.Setelah nama dia catitkan tugasan akan di maklumkan oleh penyelia di mana kawasan mana yang perlu di lakukan Biasa kutipan sampah dari rumah ke rumah dijalankan sekurang kurang nya seribu rumah sehari.Setelah lori penuh mereka terpaksa membuang sampah kat tapak sampah di jalan batu putih.Selepas tu sambong pula hingga selesai tugasan kerja kena dihabiskan tak boleh simpan sebab esok kena pi tempat lain pulak .Yang susah nya penduduk tak mahu paham main keluar sampah sesuka hati .Bukan pada waktu yang di tetapkan Bila dah terlepas waktu kata perkerja berkenaan tak kutip sampah.Naya kena marah dengan penyelia.Kadang kala perkerja ni kutip sampah recycle nak pi jual kat keling botol.Depa kata lepaih la duit minum pagi.Paklong tabik kat puak puak ni pasai depa cari rezeki cara halal.Walaupun dunia pandang rendah kat depa tapi kerja depa mulia.tu la cerita serba ringkas pasai pekerja kebersihan Tanpa mereka tak akan wujud kebersihan dan kesihatan sekitar kita Maka hargailah mereka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment