Sunday, December 11, 2011
Calon boleh Menang
Pak long terbaca kat surat kabar baru baru ni pasai hanya calon boleh menang akan diberi peluang untuk bertanding kat piliharaya akan datang.Pak long tertanya tanya juga apa kreteria untuk mengetahui seseorang itu boleh menang atau tidak. Dulu kat kampong pak long tu ada macam ni juga seorang tu bekas pelajar luar negeri dan menjadi sebutan ramai .Dia baik dan hormat orang kampong lawan nya hanya calon yang hanya pass darjah 6 saja .Kerja pun tak tinggi mana setakat jadi penyelia aje .Tapi nak jadi cerita penyelia ni menang dalam pilihanraya tersebut .Tu yang pak long nak cakap ni belum tentu yang kita suka orang lain akan suka Pada pak long ni semua kerja tuhan boh pi sapa pun kalau tuhan nak bagi menang muka macam tiang jamban pun boleh menang tapi kalau tuhan tak suka muka macam shah rukh khan pun tak kan menang punya .Renung renung kan ..Salam dari pak long
Saturday, December 10, 2011
Cerita Dongeng Kulim
Dulu masa pak long kecik kecik ayah pak long cerita satu cerita berkaitan daerah kulim.Cerita nya begini dulu ada seorang penarik beca menunggu penumpang kat depan Medan Citarasa Kulim .Dulu Medan Citarasa tu tempat menunggu bas dan beca.Satu malam si penarik beca tu di datangi oleh seorang perempuan membawa anak kecil .Si penarik baca tu tanya nak ke mana Jawab perempuan tu nak balik ke kampong keladi .Maka penarik beca tu kayuh la beca nya. tanpa banyak soal jawab Si penarik beca tu cuba nak bersembang dengan perempuan tersebut tapi perempuan tu hanya mendiam kan diri .sampai ke kawasan perkuburan cina perempuan tu suruh penarik beca berhenti dan kata nya dia nak pergi ambik duit yang teringgal kat rumah dia Baiklah kata si penarik beca tapi yang pelik nya dia keluar dari beca tak bawa anaknya bersama Dia.tunggu punya tunggu perempuan tu tak mai juga Penarik beca dah nak panik .Bila dia tenguk budak kecik tu dah jadi batu nisan dan perempuan tu mengilai gilai diatas pokok kat perkuburan tersebut. .Apa lagi penarik beca tu buat pecutan 4 kali 100 meter la tinggal dia punya beca. kat situ juga.Bila ayah pak long cerita naik seram juga pasai pak long ni jenis suka keluar malam Moral cerita ni kita jangan bagi tumpang orang yang kita tak kenai asal usul .Sekian salam dari pak long din
Friday, December 9, 2011
Kaya Hati
Tadi pak long pi sembahyang jumaat kat masjid kampong pak long .Macam biasa pak long akan dok kat saf tengah .Hari ni tok imam cakap pasai kaya hati . Pak long nak cerita sikit apa yang di bagitau oleh tok imam tersebut .Dia kata kekayaan paling terbaik di dumia ni adalah kaya hati kerana jika kita kaya hati maka sikap bersyukur akan melekat kat kita.Biasa lah manusia jika dia kaya harta pun dia akan rasa tak cukup cukup walaupun pada pandangan orang lain dia dah cukup kaya tapi bagi dia belum lagi memuaskan hati dia .Jadi macam mana kita nak sentiasa kaya hati.Pertama kita hendak sentiasa syukur dengan nikmat yang diberi . Kedua sentiasa membaca al quran kerana akan timbul ketenangan jiwa .Ketiga sentiasa pergi dan mendengar majlis ilmu dan Keempat sentiasa buat sembahyang tahjud.Pak long harap kita semua akan kaya hati amin.........Sekian dari pak long din
Wednesday, December 7, 2011
Pi Sarawak
Pak long baru balik Sarawak.Pak long pi sana kerana ada seminar SHO [Safety and Health Officer]peringkat Borneo .Pak long tenguk peserta memang ramai lebih kurang 500 peserta.Yang pak long nak cerita ni pasai bandaraya Kuching . 10 tahun dulu pak long pi tapi la ni sudah banyak berubah . Banyak hotel baru serta shopping complex baru.contoh nya hotel Pull Man yang pak long duduk Bukan saja hotel tapi ada shopping complex baru. Pak long harap sangat satu hari bandar kulim akan ada hotel 5 bintang macam hotel Pull Man pasai banyak peniaga dan pelabut datang kat Kulim.Harap pihak yang bertanggung jawab dapat memikir kan perkara ini Sekian salam dari pak long
Subscribe to:
Posts (Atom)