Friday, December 9, 2011
Kaya Hati
Tadi pak long pi sembahyang jumaat kat masjid kampong pak long .Macam biasa pak long akan dok kat saf tengah .Hari ni tok imam cakap pasai kaya hati . Pak long nak cerita sikit apa yang di bagitau oleh tok imam tersebut .Dia kata kekayaan paling terbaik di dumia ni adalah kaya hati kerana jika kita kaya hati maka sikap bersyukur akan melekat kat kita.Biasa lah manusia jika dia kaya harta pun dia akan rasa tak cukup cukup walaupun pada pandangan orang lain dia dah cukup kaya tapi bagi dia belum lagi memuaskan hati dia .Jadi macam mana kita nak sentiasa kaya hati.Pertama kita hendak sentiasa syukur dengan nikmat yang diberi . Kedua sentiasa membaca al quran kerana akan timbul ketenangan jiwa .Ketiga sentiasa pergi dan mendengar majlis ilmu dan Keempat sentiasa buat sembahyang tahjud.Pak long harap kita semua akan kaya hati amin.........Sekian dari pak long din
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment