Sunday, February 12, 2012

Pengurusan Wang

Terkejut pak long bila baca berita di satu kawasan selatan tanahair jutawan tanah rancangan dah jatuh bangkrap.Kebanyakan mereka ni dapat pampasan semasa Putra Jaya dibangunkan dan mendapat habuan lebih kurang sejuta seorang .Tapi hari ini kebanyakan mereka tak mampu nak meneruskan kehidupan  ada yang terpaksa menjadi jaga dan sebagainya .Pak long hairan juga pasai apa jadi macam ni Ni la sebab kita perlu ada kemahiran pengurusan wang . Wang yang dapat seharusnya dilaburkan dalam skim Amanah Nasional atau Tabung Haji dan pendapatan dari dividen  dapat digunakan untuk urusan harian .Kalau tidak pun buat rumah sewa banyak banyak dan dapat pendapatan tetap.Pak long rasa sayang kerana bukan senang nak dapat duit banyak macam tu.dan pak long harap mana mana jutawan yang akan lahir selepas ni pelajari lah kesilapan kawan kawan Sekian salam dari pak long din

No comments: