Sepetang Bersama Pak Long
Tuesday, March 20, 2012
Kisah Silam
Pak long bukan di lahirkan sebagai anak orang berada.Ayah pak long hanya berkerja buruh di pejabat tanah Kulim manakala .ibu pak long tidak berkerja.Kehidupan pak long masa kecik dulu memang susah.Pernah sekali jiran sekeliling kampong pak long ketika itu telah mempunyai tv tapi keluarga pak long tak mampu nak beli tv .Pak long hanya dapat menumpang menonton kat rumah jiran dan pernah dihambat oleh jiran kerana tak dibenarkan menonton bersama .Kehidupan masa itu memang sukar Pak long tak mampu nak beli pakaian walaupun setahun sekali dan hanya mampu beli pakaian terpakai dari kawan kawan Pak long mengambil upah menjual tulang ayam dari peniaga satay untuk dijualkan kepada peniaga bihun sup.Masuk kampung cari daun pisang dan jual kepada peniaga nasi lemak .Boleh kata macam macam kerja pak long buat sampai kerja kedai makan dan berkerja di kilang chop kain dan guni.Semua kerja pak long laku kan demi untuk masa depan dan pak long tak pernah menyesal atas kesusahan tersebut kerana ia nya memberi satu sifat ketabahan kepada pak long dan pak long yakin ada sinar menteri disebalik kesukaran ini . Oleh itu bersabarlah Salam sayang dari pak long din
Sunday, March 18, 2012
Syukur....
Pak long terbaca satu laporan berkiatan di India hanya 46 peratus rumah disana mempunyai tandas Maksudnya disini 54 peratus tak mempunyai tandas.Cuba tuan tuan bayangkan kalau keadaan ini terjadi di Malaysia .tentu sukar bukan..... dan kalau kita bersiar di sepanjang jalan tentu kita lihat pandangan orang membuang air besar sepanjang jalan tersebut .Kita disini sepatutnya bersyukur kerana tidak berlaku keadaan seperti ini.Semiskin miskin rakyat Malaysia pun mereka masih ada tempat berteduh dan tandas kecuali mereka yang malas berkerja .Cuma sekarang ni kerajaan perlu pasti kan rakyat yang hidup di bawah paras kemiskinan di bantu keluar dari kemiskinan tersebut Kaedah nya dengan memberi limu kerana dengan ilmu yang ada mereka ini boleh mencari pendapatan dan keluar dari kemiskinan .Pak long harap kita tak jadi macam di India bila rasuah menjadi satu budaya kehidupan dan yang akan menderita adalah rakyat bawahan .Maka pastikan ia tidak berlaku Salam dari pak long din.
Saturday, March 17, 2012
Jangan Lebih Sangat
Baru baru ni kat surat kabar katanya syarikat perkhidmatan pra bayar akan mengenakan caj sebanyak enam peratus kepada pengguna Maksud di sini kalau kita top up RM sepuluh ringgit kita kena bayar tambahan enam puluh sen .Bayang kan berapa juta pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini setiap hari Tentu berjuta depa dapat kutip oleh syarikat syarikat ini.Kerajaan sepatutnya mengambil tindakan kepada semua syarikat ini kerana mereka ini dah untung semasa kita buat bayaran top up jadi nak buat apa nak caj lagi ..Ini la bahana nya kalau semua diswastakan sampai benda asas pun nak di kenakan caj..Tak lama lagi depa pikir macamana nak caj kereta yang letak depan rumah kita .Pada masa tu mai kita tenguk sapa yang susah .Maka tuan tuan sebagai rakyat guna kan hak kita Salam dari pak long
Thursday, March 15, 2012
Perancangan Kerja........
Apa yang anda rancang untuk masa depan .Adakah anda ada rancangan seharian semasa anda lakukan tugas anda atau anda hanya buat kerja apa yang ada diatas meja anda.saja Seorang pemimpin yang berjaya dia akan merancang kerjanya sebelum dia datang berkerja.kemudian beliau akan melaksanakan kerja yang dirancangkan .Sebaiknya perancangan kerja dibuat untuk tempoh mingguan ,bulanan dan tahunan .Objektif perancangan hendak lah berorentasikan jangka masa pendek, sederhana dan panjang.Satu lagi sediakan senarai kerja yang perlu dilaksanakan (to do list) agar senang anda mengatur kerja anda .Siapkan kerja yang penting dulu ,sederhana penting dan kurang penting .Setelah anda laksana apa yang pak long katakan Insyaalah kerja anda akan lebih terancangdan teratur Sekian dari paklong
Wednesday, March 14, 2012
Kisah Menyayat Hati
Pak long terbaca satu kes pembunuhan seorang kanak kanak berumur 5 tahun di bunuh dengan kejam .Yang pak long tak faham tu pasai apa budak umur 5 tahun tu jadi mangsa dah la dibunuh dibakar pulak mayat budak tu.Memang kejam betul manusia tu dan bagi pak long dia bukan manusia tapi binatang .Malah lebih rendah dari binatang kerana binatang pun erti kasih sayang .Tu la manusia yang bertopengkan sifat syaitan .Pak long harap pembunuh tesebut dapat ditangkap dan di ambil tindakan di atas perbuatan mereka.dan kepada ibu bapa tu selalu lah memastikan keselamatan anak dijaga Jangan dok kirim anak pi kedai tak tentu pasai .Tenguk sama anak anak tu.Dah jadi macam ni baru nak teriak .La ni teriak dah tak guna dah .Akhir kata sama sama kita menjaga keselamatan kawasan kita agar kejadian ini tak berulang
Terima saja la
Baru baru ini seorang menteri kabinet talah meletakan jawatan .Katanya sudah sampai masanya beliau meletakkan jawatannya.Pak long tak nak komen pasai peletakan jawatan tersebut tapi memang adat dunia lah kalau kita buat jasa seribu kali orang tak nampak tapi kalau berlaku salah sekali orang cerita sampai lubang cacing .Paklong harap perkara ini akan menjadi pengajaran kepada semua supaya kita tak boleh melupakan bahawa rakyat sentiasa memerhati kehidupan kita terutama yang bergelar YB.dan kepada YB ni pak long harap depa terima saja lah keputusan kerana mungkin ia telah di takdir kan tuhan
Monday, March 5, 2012
Pelik Betul...............
Pak long pelik betul dengak bekas memanda menteri kata kalau kerajaan luluskan pelaksanaan gaji minimum nanti negara akan bangkrap.Pak long rasa memanda menteri ni tak pernah hidup susah sebab tu dia tak tahu keadaan rakyat kat bawah La ni kalau gaji kurang dari RM seribu maka boleh dikata tergolong kepada golongan miskin .Kalau tak percaya mai kita kira .La ni kalau pi kedai makan nasi dengan lauk sekali makan mesti tiga ke empat ringgit tu sekali makan kalau sehari mesti belanja sekurang kurang nya sepuluh ringgit sehari kalau sebulan dah tiga ratus .,tolak pulak sewa rumah tiga ratus ringgit tinggal empat ratus kalau belanja minyak dan bayar duit elektrik, air baki yang tinggal banyak mana .Tu la golongan atasan jangan dok bela sangat golongan kapitalisma ni pasai depa ni untung berjuta juta tapi rakyat bawah ni hidup sengsara.Pak long harap kerajaan mempercepatkan segera pelaksanaan gaji minumum ni supaya semua orang akan dapat manafaat .Sekian salam dari pak long din ...
Subscribe to:
Posts (Atom)