Friday, February 18, 2011
Juru......
Pak long pagi tadi pi pekan Juru kat bukit minyak Seberang Perai.Pak long pi sana nak beli ikan murah kat penambang .Kat sana pak long boleh dapat ikan murah .Kalau pak long belanja dalam empat puluh ringgit pak long boleh dapat ikan cukup untuk makan seminggu .Harga kat sini memang murah .Yang paklong suka pasai ikan dia fresh fresh.Sementara menunggu bot sampai pak long pi lah melilau kat kampong kuala Juru Perkampongan tu ada lebih kurang seratus rumah .Jarak diantara satu rumah dengan lain memang rapat.Yang pak long suka pasai penduduk di sini memang peramah.Mereka mudah mesra dan depa tak kedekut untuk membantu kita.Sampai kat kampong tersebut pak long pi sembahyang jumaat kat masjid kampong tersebut Selepas tu jalan beberapa tapak pak long jumpa warung menjual gulai ikan sembilang .Makan pulak dengan nasi panas panas sedap lo......pak long tambah dua pinggan .Harga dia pun tak lah mahal sangat.Ikan dia pun fresh.Depa kata pada sebelah malam pengunjung lagi ramai sebab ada restoran terapung kat laut .Depa jual makanan laut.kalau sapa papa mai sebelah sini jemput lah mai juru sebab dia memang best dan ,memang rugi kalau tak mai.salam dari pak long
Tuesday, February 15, 2011
Kehidupan yang Kekal
Bila bercakap mengenai kehidupan .Kita tidak terlepas dengan masalah harian samada masalah dirumah di pejabat ataupun masyarakat.kita tidak boleh lari dari masalah.maka sebagai manusia kita perlu menghadapi masalah dengan bijaksana .Ada masalah boleh di hadapi dan selesaikan secara terus dan ada setengah masalah kita kena hadapi nya sedikit demi sedikit Namun apa yang penting kita jangan lari dari masalah.Dengan menghadapi masalah kita akan lebih matang dan lebih berpengalaman
Paklong bukan nya apa bila terbaca artikal surat kabar tempoh hari mengenai kes bunuh diri yang kian meningkat setiap tahun.Pada pandangan paklong apa jua masalah yang hadapi semua ini hanya ujian didunia sahaja .Kita sebagai hamba nya akan diuji oleh ALLAH .Oleh yang demikian jangan kita bersusah hati.kerana ada lagi kehidupan yang kekal selepas kehidupan didunia ini.Maka sebagai orang muslim kesabaran dan keyakinan pada ALLAH adalah perlu untuk menghadapi kehidupan yang sementara ini .Salam dari paklong

Monday, February 14, 2011
Bangunan lama di tengah Pekan
kalau sapa sapa mai pekan Kulim tentu terjumpa dengan bangunan lama ni Bangunan ni terletak betul betul di tengah pekan Kulim. Bangunan tu bangunan lama MDKT .Dah lama di tinggal kan Seingat pak long dah hampir sepuluh tahun .Kalau manusia pun kalau dah tinggal lama lama tentu dah jadi kerepot.Pak long hairan mengapa tiada pihak mengambil tindakan membaik pulih bangunan tersebut.Bangunan tersebut bangunan sejarah.Kalau tak mahu baik pulih pak long cadang robohkan saja banguanan tu.Kalau tak dak modal nak buat bangunan baru.pihak MDKT boleh joint venture dengan pemaju .Boleh buat bangunan menjadi mercu tanda kawasan Kulim.
Pak long bukan nya apa tapi bila tenguk bangunan tersebut nampak sangat pihak berkenaan tidak serius dalam melaksanakan pembangunan di daerah Kulim.Satu lagi paklong tenguk lokasi bangunan tersebut sesuai untuk di bangunkan .Harap pihak berkenaan mengambil perhatian berkiatan perkara ni.jangan jadi tempat pembiakan nyamuk dan sarang untuk maksiat . Sekian .........dari paklong

Thursday, February 10, 2011
Kenduri dulu dulu
Baru baru ni pak long pi makan kenduri rumah kawan pak long.Kenduri dia besar juga dia buat kat dewan Bandaran.tapi pak long perati kan suasana nya tak meriah macam kenduri dulu dulu.Paklong teringat masa duduk kat rumah murah dulu walaupan kawasan tu ada lebih kurang tigapuluh bijik rumah.Tapi masa depa buat kenduri cukup meriah.Masa tu pak long dok sekolah rendah kami budak budak awal pagi lagi kena pi setiap rumah untuk pinjam kerusi meja sebab masa tu depa tak buat sewa kerusi meja
Lepas tu pi kutip pinggang mangkuk pulak pada setiap rumah.Orang orang tua pulak berpakat dirikan khemah dan pada sebelah malam depa akan bersama sama potong daging atau ayam.Suasana pada hari nak kenduri riuh rendah kerana masing masing tak tidur malam.
Pada hari kenduri kami budak budak jadi mentera Ada budak yang lebih senior sikit dia jadi ketua mentera.Kerja kami senang saja hidang lauk dan akan kulit.(pinggan mangkuk yang habis orang makan)kami kerja sampai petang Lepas kenduri kerja kami kena hantar balik meja kerusi dan pinggang mangkuk pada rumah yang kami pinjam tadi.Selepas kerja kami siap tuan rumah akan bagi kami bunga telur ,kueh dan tuala good morning .la ni kalau pi kenduri semua pakai ala buffeet pi tadah pinggang depa boh lauk .Kenduri la ni dah tak syok tak macam dulu dulu.

Kalau pak long jadi YDP KULIM ......
Kalaulah pak long jadi YDP Kulim pak long akan laksanakan perkara perkara berikut
1. Pak long akan bina satu dataran di dalam pekan kulim dimana semua penjaja akan di kumpulkan di dataran tersebut
2.Pak long akan menaiktaraf bangunan medan citarasa jadi seperti komplek pekan Rabu
3.Pak long akan membina tempat letak bertingkat disebelah big ten (pasaraya nola)
4.Pak long akan baik pulih pejabat lama MDKT sebagai balai seni
5.Pak long akan jadikan rumah DO lama sebagai muzium
6.Pak long akan sentiasa turun padang memastikan syarikat E idaman buat kerja depa
7 Pak long akan dirikan pusat sukan ekstrem untuk golongan muda
8.Pak long akan bersama sama kerajaan negeri melobi pelabur melabur di Kulim
9.Pak long akan bersama sama exco pendidikan melobi supaya lebih banyak IPT dibuka di Kulim
10. Pak long akan meningkatkan taraf masjid Kulim sebagai Masjid daerah
Itu lah impian paklong kalau paklong jadi YDP KULIM..........

Monday, February 7, 2011
kisah sedih
Paklong nak cerita kisah sedih yang berlaku pada diri paklong .Pak long ada anak saudara .Namanya mia Sejak dilahirkan mia menghadapi penyakit pertumbuhan pada kepalanya.Doktor kata penyakit dia di panggil hydrolisis disebabkan tiada saluran air di dalam kepala.Disebabkan tiada saluran air pada kepala nya maka kepala mia kian membesar dari hari kehari. Sejak dilahirkan mia hanya boleh tidur sahaja tanpa dapat bergerak aktif seperti kanak kanak yang lain .Tapi ayah dan ibu mia tak putus asa mereka sanggup membelanja kan wang ringgit untuk mia.Seingat pak long mia di operate hampir sepuluh kali dengan perbelanjaan duit sendiri Sehingga kan ibu bapa mia terpaksa menjual rumah yang mereka duduki untuk membayar rawatan mai.Alhamdulilah mia sihat seperti kanak kanak lain walaupun beliau mengalami kesukaran untuk berjalan disebabkan kesan dari ubat yang diberikan .Ayah dan ibu mia tak putus putus memberi semangat kepada mia.Mia bergembira hingga darjah 6 walaupun dia tak pergi sekolah disebabkan kesukaran berjalan mia tetap rajin belajar.Pada suatu hari ibu mia kena penyakit strok menyukarkan dia untuk bergerak.Mia hanya mampu melihat emaknya tanpa dapat melakukan apa apa..Duduk disebelah ibu nya yang sakit.Pada masa yang sama ayah mai cuba minta bantuan kepada pejabat zakat.Sekurang kurang dapat meringankan untuk pembelian pampers mia .Tapi jawapan yang di terima kami akan menyiasat tuntutan tuan .Akhir nya setelah ibu mia sedarkan diri mia pergi menemui tuhannya pada umur dua belas tahun .Mungkin dia kesian ibu nya yang sakit tahun ini genaplah dua tahun mia meninggalkan kami.al fatihah buat mia ..........
Sunday, February 6, 2011
Mesir oh Mesir
Pak long ni tak pandai pasai politik atau sejarah .Tapi bila pak long tenguk rusuhan rakyat di Mesir baru baru ni menyebabkan pak long nak bagi sedikit pandangan pak long berkiatan perkara ini.Pak long rasa rakyat Mesir dah tak tahan dah dengan keadaan di negara depa Barang makanan meningkat harga.Keadaan pengangguran meningkat .Kebajikan rakyat dah tak menentu.Ini semua faktor menyebabkan rakyat jadi berang.Rakyat dah tak tahan dah.bila harga keperluan dan perkhidmatan meningkat dengan mendadak.Sebab tu pak long rasa di Malaysia kita perlu berhati hati dengan masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan Ia seperti time bomb bila bila boleh meletup.Kerajaan perlu sentiasa memantau keadaan harga barang dan perkhidmatan agar tidak meningkat dengan mendadak dimana memberi kesan kepada penduduk bawahan seperti paklong ni.Tak guna harga getah dan kelapa sawit naik jika harga barang barang naik juga.Tak guna gaji pegawai kerajaan naik jika harga perkhidmatan dan barang naik .Pak long harap pihak kerajaan merasai denyut nadi orang bawahan agar tidak jadi macam keadaan di Mesir.Rakyat bila dah marah susah nak dikawal dan paklong harap kerajaan faham.............
Subscribe to:
Posts (Atom)