kalau sapa sapa mai pekan Kulim tentu terjumpa dengan bangunan lama ni Bangunan ni terletak betul betul di tengah pekan Kulim. Bangunan tu bangunan lama MDKT .Dah lama di tinggal kan Seingat pak long dah hampir sepuluh tahun .Kalau manusia pun kalau dah tinggal lama lama tentu dah jadi kerepot.Pak long hairan mengapa tiada pihak mengambil tindakan membaik pulih bangunan tersebut.Bangunan tersebut bangunan sejarah.Kalau tak mahu baik pulih pak long cadang robohkan saja banguanan tu.Kalau tak dak modal nak buat bangunan baru.pihak MDKT boleh joint venture dengan pemaju .Boleh buat bangunan menjadi mercu tanda kawasan Kulim.
Pak long bukan nya apa tapi bila tenguk bangunan tersebut nampak sangat pihak berkenaan tidak serius dalam melaksanakan pembangunan di daerah Kulim.Satu lagi paklong tenguk lokasi bangunan tersebut sesuai untuk di bangunkan .Harap pihak berkenaan mengambil perhatian berkiatan perkara ni.jangan jadi tempat pembiakan nyamuk dan sarang untuk maksiat . Sekian .........dari paklong
No comments:
Post a Comment