Monday, February 7, 2011
kisah sedih
Paklong nak cerita kisah sedih yang berlaku pada diri paklong .Pak long ada anak saudara .Namanya mia Sejak dilahirkan mia menghadapi penyakit pertumbuhan pada kepalanya.Doktor kata penyakit dia di panggil hydrolisis disebabkan tiada saluran air di dalam kepala.Disebabkan tiada saluran air pada kepala nya maka kepala mia kian membesar dari hari kehari. Sejak dilahirkan mia hanya boleh tidur sahaja tanpa dapat bergerak aktif seperti kanak kanak yang lain .Tapi ayah dan ibu mia tak putus asa mereka sanggup membelanja kan wang ringgit untuk mia.Seingat pak long mia di operate hampir sepuluh kali dengan perbelanjaan duit sendiri Sehingga kan ibu bapa mia terpaksa menjual rumah yang mereka duduki untuk membayar rawatan mai.Alhamdulilah mia sihat seperti kanak kanak lain walaupun beliau mengalami kesukaran untuk berjalan disebabkan kesan dari ubat yang diberikan .Ayah dan ibu mia tak putus putus memberi semangat kepada mia.Mia bergembira hingga darjah 6 walaupun dia tak pergi sekolah disebabkan kesukaran berjalan mia tetap rajin belajar.Pada suatu hari ibu mia kena penyakit strok menyukarkan dia untuk bergerak.Mia hanya mampu melihat emaknya tanpa dapat melakukan apa apa..Duduk disebelah ibu nya yang sakit.Pada masa yang sama ayah mai cuba minta bantuan kepada pejabat zakat.Sekurang kurang dapat meringankan untuk pembelian pampers mia .Tapi jawapan yang di terima kami akan menyiasat tuntutan tuan .Akhir nya setelah ibu mia sedarkan diri mia pergi menemui tuhannya pada umur dua belas tahun .Mungkin dia kesian ibu nya yang sakit tahun ini genaplah dua tahun mia meninggalkan kami.al fatihah buat mia ..........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment