Tuesday, March 20, 2012

Kisah Silam

Pak long bukan di lahirkan sebagai anak orang berada.Ayah pak long hanya berkerja buruh di pejabat tanah Kulim manakala .ibu pak long  tidak berkerja.Kehidupan pak long masa kecik dulu memang susah.Pernah sekali jiran sekeliling kampong  pak long ketika itu  telah  mempunyai tv tapi keluarga pak long tak mampu nak beli tv .Pak long hanya dapat menumpang menonton   kat rumah jiran  dan pernah dihambat oleh jiran kerana tak dibenarkan menonton bersama .Kehidupan masa itu memang sukar Pak long tak mampu nak beli pakaian walaupun setahun sekali dan hanya mampu beli pakaian terpakai dari kawan kawan Pak long mengambil upah menjual tulang ayam dari peniaga satay untuk dijualkan kepada  peniaga bihun sup.Masuk kampung cari daun pisang dan jual kepada peniaga nasi lemak .Boleh kata macam macam kerja pak long buat sampai kerja kedai makan dan berkerja di kilang chop kain dan guni.Semua kerja pak long laku kan demi untuk masa depan dan pak long tak pernah menyesal atas kesusahan tersebut kerana ia nya memberi satu sifat ketabahan kepada pak long dan pak long yakin ada sinar menteri disebalik kesukaran ini . Oleh itu bersabarlah  Salam sayang dari pak long din

Sunday, March 18, 2012

Syukur....

Pak long terbaca satu laporan berkiatan di India hanya 46 peratus rumah disana  mempunyai tandas Maksudnya disini 54 peratus tak mempunyai tandas.Cuba tuan tuan bayangkan kalau keadaan ini terjadi di Malaysia .tentu sukar bukan..... dan  kalau  kita bersiar  di sepanjang  jalan tentu kita  lihat pandangan orang membuang air besar sepanjang jalan  tersebut .Kita disini sepatutnya bersyukur kerana tidak berlaku keadaan seperti ini.Semiskin miskin rakyat Malaysia pun  mereka masih ada tempat berteduh dan tandas kecuali mereka yang malas berkerja .Cuma sekarang ni kerajaan perlu pasti kan rakyat yang  hidup di  bawah paras kemiskinan di bantu keluar dari kemiskinan tersebut  Kaedah nya dengan memberi limu kerana dengan ilmu yang ada mereka ini boleh mencari pendapatan dan keluar dari kemiskinan .Pak long harap kita tak jadi macam di India bila rasuah menjadi satu budaya kehidupan dan yang akan menderita adalah rakyat bawahan  .Maka pastikan  ia tidak berlaku Salam dari pak long din.

Saturday, March 17, 2012

Jangan Lebih Sangat

Baru baru ni kat surat kabar katanya syarikat perkhidmatan pra bayar akan mengenakan caj sebanyak enam peratus kepada pengguna Maksud di sini kalau kita top up RM sepuluh ringgit kita kena bayar tambahan enam puluh sen .Bayang kan berapa juta pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini setiap hari  Tentu berjuta depa dapat  kutip oleh syarikat syarikat ini.Kerajaan sepatutnya mengambil tindakan kepada semua syarikat ini kerana mereka ini dah untung  semasa kita buat bayaran top up jadi  nak buat apa nak caj lagi ..Ini la bahana nya kalau semua diswastakan sampai benda asas pun nak di kenakan caj..Tak lama lagi depa pikir macamana nak caj kereta yang letak depan rumah kita .Pada masa tu  mai kita tenguk sapa  yang susah .Maka tuan tuan sebagai rakyat guna kan hak kita  Salam dari pak long

Thursday, March 15, 2012

Perancangan Kerja........

Apa yang anda rancang untuk masa depan .Adakah anda ada rancangan seharian semasa anda lakukan tugas anda atau anda hanya buat kerja apa yang ada diatas meja anda.saja Seorang pemimpin yang berjaya dia akan merancang kerjanya sebelum dia datang berkerja.kemudian beliau akan melaksanakan kerja yang dirancangkan .Sebaiknya perancangan kerja dibuat untuk tempoh mingguan ,bulanan dan tahunan .Objektif perancangan hendak lah berorentasikan jangka masa pendek, sederhana dan panjang.Satu lagi sediakan senarai kerja yang perlu dilaksanakan (to do list) agar senang anda mengatur kerja anda .Siapkan  kerja yang penting dulu ,sederhana penting dan kurang penting .Setelah anda laksana apa yang pak long katakan  Insyaalah kerja anda akan lebih terancangdan teratur  Sekian dari paklong

Wednesday, March 14, 2012

Kisah Menyayat Hati

Pak long terbaca satu kes pembunuhan seorang kanak kanak berumur 5 tahun di bunuh dengan kejam .Yang pak long tak faham tu pasai apa budak umur 5 tahun tu jadi mangsa dah la dibunuh dibakar pulak mayat budak tu.Memang kejam betul manusia tu dan bagi pak long dia bukan manusia tapi binatang .Malah lebih rendah dari binatang kerana binatang pun erti kasih sayang .Tu la manusia yang bertopengkan sifat syaitan .Pak long  harap pembunuh tesebut dapat ditangkap dan di ambil tindakan di atas perbuatan mereka.dan kepada ibu bapa tu selalu lah memastikan keselamatan anak dijaga Jangan dok kirim anak pi kedai tak tentu pasai .Tenguk sama anak anak tu.Dah jadi macam ni baru nak teriak .La ni teriak dah  tak guna dah .Akhir kata sama sama kita menjaga keselamatan kawasan kita agar kejadian ini tak berulang

Terima saja la

Baru baru ini seorang menteri kabinet talah meletakan jawatan .Katanya sudah sampai masanya beliau meletakkan jawatannya.Pak long tak nak komen pasai peletakan jawatan tersebut  tapi memang adat dunia lah kalau kita buat jasa seribu kali orang tak nampak tapi kalau  berlaku salah sekali orang cerita sampai lubang cacing .Paklong harap perkara ini akan  menjadi pengajaran kepada semua supaya kita tak boleh melupakan bahawa rakyat sentiasa memerhati kehidupan kita terutama yang bergelar YB.dan kepada YB ni pak long harap depa terima saja lah keputusan kerana mungkin ia telah di takdir kan tuhan

Monday, March 5, 2012

Pelik Betul...............

Pak long pelik betul dengak bekas memanda menteri kata kalau kerajaan luluskan pelaksanaan gaji minimum nanti negara akan bangkrap.Pak long rasa memanda menteri ni  tak pernah hidup susah sebab tu dia tak tahu keadaan rakyat kat bawah La  ni kalau gaji kurang dari RM seribu maka boleh dikata tergolong kepada  golongan miskin .Kalau tak percaya mai kita kira .La ni kalau pi kedai makan nasi dengan lauk sekali makan mesti tiga ke empat ringgit tu sekali makan kalau sehari mesti belanja sekurang kurang nya sepuluh ringgit sehari kalau sebulan dah tiga ratus .,tolak pulak  sewa rumah tiga ratus ringgit  tinggal empat ratus kalau belanja minyak dan bayar duit elektrik, air baki yang tinggal banyak mana .Tu la golongan atasan jangan dok bela sangat golongan kapitalisma ni pasai depa  ni untung berjuta juta tapi rakyat bawah  ni hidup sengsara.Pak long harap kerajaan mempercepatkan segera pelaksanaan gaji minumum ni supaya semua orang akan dapat manafaat .Sekian salam dari pak long din ...

Sunday, March 4, 2012

Negara Kebajikan

Tadi pak long tenguk berita  kata  seorang pemimpin negara bahawa negara kita tak boleh jadi negara kebajikan takut nanti negara akan bangkrap atau jatuh muflis.Pak long nak betul sikit kenyataan tersebut kerana apa yang di maksudkan dengan negara kebajikan .Negara kebajikan bukan lah memberi wang kepada rakyat semata mata atau memberi wang kepada orang yang malas kerja tapi negara kebajikan adalah pemimpin  yang menjaga kebajikan rakyat seperti menyediakan peluang perkerjaan kepada rakyat ,mengawal harga barangan agar tidak di monopolikan oleh golongan tertentu,tidak menindas rakyat dengan mengenakan berbagai bagai cukai ,memberi peluang pendidikan kepada semua tanpa mengira  taraf dan darjat dan memberi kemudahan kesihatan pada rakyat dan memberi semula hak  rakyat.Itu yang dimana kan negara kebajikan dan tak boleh dipandang dari sudut kebendaaan  semata mata. Pak long harap tulisan pak long dapat membetulkan pandangan apa yang di kata kan negara kebajikan dan pak long harap jangan lah pemimpin mengungkit pemberian yang  telah diberikan kerana itu  tugas dan tanggung jawab seorang  pemimpin .maka renung renung kan  kata pak long ni Akhir kata salam sayang  dari pak long din

Thursday, March 1, 2012

Oh Kereta Ku............

Pak long baca berita tadi pasai bank negara mengetatkan pinjaman kereta kerana masalah bayaran .Pak long  setuju  langkah tersebut  kerana ia nya akan mengurangkan masalah hutang keluarga dan negara.Walaupun langkah tersebut di lihat kejam tapi pada jangka panjang dia akan beri manafaat pada semua .Biar lah orang nak kata apa kalau kita tak mampu jangan berhutang lagi sehingga kita mampu .Cuma pak long nak minta pada Bank Negara tolong pastikan  bank bank ni jangan lah  dok boh kadar bunga terlalu tinggi sampai kadang kadang tiga tahun bayar baru habis bayar bunga tu tak masuk pinjaman .Di zaman gawat ni bank patut turun kan kadar bunga jangan sampai menekan peminjam kerana kalau depa tak mampu bayar bank juga yang susah Tapi kalau boleh jadi macam pak long pakai kereta dah berumur dua belas tahun senang tak dak hutang .Ok salam dari pak long din