Tuesday, October 25, 2011
Musim Hujan
La ni paklong tenguk hari hari hujan .Mai sebelah petang aje boleh kata mesti hujan punya.Pak long bukan nya tak suka hujan .Pak long paling suka hujan sebab hari tu gerenti sejuk.kalau boleh hari hari hujan pun tak pa.Dulu masa paklong kecik kecik kalau hujan pak long syok sebab boleh mandi hujan.Tak gaduh sakit demam pun .Kalau hujan mesti paklong keluar rumah pi mandi hujan .Tapi la ni depa kata hujan la ni tak berapa baguih pasai depa kata ada asid .Pak long tak tahu lah pasai tu.tapi mungkin betul juga pasai la ni banyak kilang.Pak long tenguk musim hujan ni menyebabkan berlakunya banjir kilat kat Kulim terutama kat sg ular dan kat rumah murah Kulim .Kawasan tu terletak tepi sungai .Dulu jarang pak long dengak banjir kat Kulim tapi la ni kerap berlaku.Mungkin orang dah ramai dan kawasan dah banyak di buat rumah.Sebab tu banyak air tak sempat nak pi ke sungai .Apa pun pak long harap berhati hati la musim hujan ni kerana bahaya dok menanti.Kalau kita tak jaga .Akhir kata salam dari paklong din....
Maafkan Paklong
Paklong nak minta maap banyak banyak pasai hari tu pak long ada habak sukan rakyat nak buat pada hari sabtu ni.tapi depa tak jadi buat pasai depa ubah pada 27 hb bulan depan sebab depa nak buat sekali dengan karnival usahawan sempena sambutan ulang tahun ke 10 Majlis Perbandaran Kulim.Depa nak buat kat taman tasek Kulim.Sehubungan dengan itu paklong nak mengajak sesiapa yang ada masa mai lah ke taman tasek bulan depan. Mari lah kita sambut bersama sama ulang tahun Majlis Perbandaran Kulim.dan paklong harap kita semua berbangga menjadi warga Kulim dan beri lah sedikit sumbangan tak kira lah dari segi kewangan dan tenaga untuk memajukan Kulim.Sekian salam dari paklong din
Friday, October 21, 2011
Jatuh nya Seorang Pemimpin
Semasa pak long menulis blog ini pemimpin Libya Muhammad Ghadafi telah mati ditembak kat kepala.Pada pandangan paklong Muhamamad Ghadafi adalah salah seorang pemimpin arab yang lantang menentang pihak barat.Semasa zaman kegemilangan nya negara barat takut kat dia.Banyak negara arab akur dengan cakapnya.Beliau pemimpin yang menyukarkan Isreal dan dunia barat.Tapi beliau mempunyai kelemahan iaitu beliau suka pada wanita cantik.Kebanyakan body guard nya adalah dari wanita.Beliau suka barang barang daripada emas dan mempunyai harta berbillon di luar negara.Kenapa pemimpin seperti beliau boleh mati di tangan rakyat.Sebabnya dia tak nak dengar masalah rakyat .Rakyat dah tak tahan dah dengan kemewahan kaum keluarga nya tapi rakyat hidup melarat.Akhir nya rakyat memberontak.Pak long harap perkara seperti ni tak terjadi kat negara kita yang tercinta Ini kerana bila negara kita jatuh senang lah nanti kuasa luar menguasai kita.Kepada semua para pemimpin paklong harap selalulah mendengar masalah rakyat Jangan jadi macam Muhamad Ghadafi................Akhir kata salam dari paklong din di teratak sepi seri cengal
Rumah ku
Baru baru ni kerajaan telah melancarkan rumah pertama ku kepada golongan yang baru berkerja.Pak long dapat tahu pinjaman perumahan boleh sampai 400 ratus ribu.Pak long rasa ia satu rancangan yang baik kerana memberi peluang pada mereka yang belum memiliki rumah .Cuma kerajaan perlu tenguk kaedah pelaksanaan nya kerana takut ada pihak tertentu ambil kesempatan .Maklum lah dia bagi harga siling sampai 400 ratus ribu takut nanti depa tak mahu buat rumah yang murah . Alasan nya depa kata harga tanah mahal last last harga rumah naik melambong pasai guna kaedah harga siling .Pak long harap kerajaan pastikan rumah yang dijual tak mahal macam kat restoran satu Malaysia .harga bagi patut saja..Tak guna kalau gaji tinggi kalau harga barang tinggi.Kerajaan perlu tenguk golongan berpendapatan rendah kerana depa ni majority rakyat negara ni. Paklong harap kerajaan mengerti..... Akhir kata salam sayang dari paklong .
Thursday, October 20, 2011
Kumpulan Bread
Bread Everything I own
Kumpulan Bread adalah satu band yang pak long minati .pak long harap anda semua terhibur...
Wednesday, October 19, 2011
Pi Kursus
Pak long baru baru ni pi Kuala Terengganu.Kena pi kursus makanan anjuran KPKT.Pi sana naik kereta gomen Bertolak dari kulim jam 9 pagi dan sampai jam 5 ptg.Jenuh juga melilau cari tempat kursus .Terletak jauh dari pusat bandar kat jalan Batu Rakit .Paklong dah lama tak pi kursus .Tapi di sebabkan semangat tu pak long pi jugak lah.Pak long tenguk la ni bandar Kuala Terengganu dah besar Maklum lah dah Bandaraya.Paklong harap satu hari Kulim pun boleh maju dan besar macam Kuala Terengganu .Paklong tenguk semua ciri Bandaraya dah ada kat Kulim .Bila satu hari Kulim High Tech dah jadi perbandaran tentu bandar Kulim lagi besar dari Alor Setar.Yang penting perlu ada keazaman untuk menjadi maju .Sebagai orang yang terlibat dalam perancangan bandar Kulim pak long rasa tanggung jawab paklong memang berat.Pada pak long Kulim is the place to play learn and work.Harap kita semua bersama memajukanKulim .Sekian dari paklong
Saturday, October 8, 2011
Bajet Rakyat
Baru baru ni pm kita Dato Najib telah mengumumkan bajet 2012.Pak long tenguk banyak yang dapat habuan terutama pegawai kerajaan yang macam pak long ni.Pak long sokong penuh lah kerajaan kaji semula kenaikan gaji sejak tahun 91 tak naik naik tapi harga barang yang melambong naik.Sekurang kurangnya kalau ada duit lebih ni boleh lah simpan sikit habuan untuk bersara nanti.Pak long juga setuju kerajaan nak tambah lebih banyak kedai 1 Malaysia kerana harga barang melambong tinggi .Kalau boleh harga ikan dan ayam pun buat macam tu jugak Jika tidak pakat dok naik harga Bukan apa tak guna kalau gaji naik kalau barang pun melambong naik.Pihak yang berkenaan tolong pantau harga barang terutama kat kulim ni harga macam kat KL .Paklong nak pesan terutama kat diri paklong ni kalau ada rezeki lebih jangan lupa bayar zakat dan sedekah baru lah rezeki bertambah berkat .Akhir kata salam rindu dari paklong
Subscribe to:
Posts (Atom)