Tuesday, November 1, 2011
Laporan Audit dah Keluar
Pak long bukan nya pakar akaun atau ekonomi tetapi sebagai orang biasa pak long rasa terpanggil nak habak sikit pasai laporan audit.Biasa lah agensi kerajaan kementerian dan jabatan pun ramai jadi mesti berlaku masalah pembaziran dan salah guna kuasa.Cuma paklong harap selepas laporan ni keluar tolong ambil tindakan segera jangan laporan tinggal laporan tak bagi kesan apa apa .Depa ketua ketua jabatan ni kena ingat duit tu duit rakyat jadi setiap sen yang depa gunakan akan dipersoalkan di akhirat nanti .Sebagai rakyat biasa kerajaan selalu berpesan supaya berbelanja secara berhemat tapi ia berlaku sebaliknya di jabatan kerajaan .Harap lepaih ni tak jadi perkara macam ni lagi.takut nanti rakyat mengamuk pulak.Salam dari pak long din ...........
Monday, October 31, 2011
Menu Satu Malaysia
Pak long syok pasai la ni ada kedai jual makanan murah.Kalau tak silap ia di beri nama menu satu Malaysia.Kalau makan pagi harga nya tak lebih dari 2 ringgit dan makan tengahari harga nya tak lebih dari 4 ringgit.Menu pagi roti canai atau nasi lemak dan minuman teh atau kopi .Kalau makan tengahari nasi kosong lauk ikan atau ayam goreng sayur dan minuman teh. Ok la dengan harga 4 ringgit .Ni cuba pi makan kedai mamak gerenti 6 ke 7 ringgit tu tak pi makan restoran tomyam nasi goreng dah 3 ringgit setengah tak campor dengan air Pak long harap perkara ni diteruskan Jgn jadi gimek saja Last last depa balik harga lama .Macam program kedai harga patut last last jadi harga tak patut.Kementerian yang berkenaan tolong pantau supaya perkara ni berterusan .Kesian orang yang berpendapatan rendah macam paklong ni .Sekian saja hingga jumpa lagi............bye
Sunday, October 30, 2011
Bangkok dah Tengelam
Pak long tenguk berita baru baru ni yang kota Bangkok dah tengelam .Air banjir dah naik disebabkan sungai choy praya dah naik .Banyak jiwa dah di ragut oleh banjir ni .Yang pak long pelik ada rakyat nya lari ke luar negara pasai banjir ada di negara mereka.Mereka ni betul betul tak setia kat negara depa.Sepatutnya depa tunggu dan bantu negara depa bukan cabut lari.Paklong harap rakyat Malaysia khas nya orang Kulim tak jadi macam tu.Baru baru ni jabatan kaji cuaca ada habak yang hujan akan turun secara luar biasa lebih 40 peratus dari biasa .Paklong harap tak jadi banjir kat Kulim ni.tapi kalau nak jadi nak buat macamna kita sebagai manusia hanya boleh berusaha dan berdoa hanya tuhan yang menentukan .Namun paklong harap kita semua akan tabah walaupun ribut dan badai yang melanda.Akhir kata salam dari paklong dan sentiasa berhati hati di musim hujan ni..........Salam
Friday, October 28, 2011
Pokok Besar di hujung Kampong
Dulu masa budak budak di kampong pak long ada satu pokok besar letaknya di hujung kampong.Pak long kalau nak pi pekan kilang lama mesti kena lalu kat pokok besar tu.Pokok besar tu jenis pokok getah lama tapi saiz besar pokok balak.Orang tua kat kampong pak long kata pokok tu selalu dok mengusik orang Depa kata tempat orang gantung diri ada yang kata tempat pontianak dan macam macam lagi jenis hantu,Paklong paling tak suka kalau mak paklong suruh pi kedai waktu malam.Jarak diantara rumah paklong ke pekan kilang lama lebih kurang 500 meter.Masa turun gone [bukit]tu tak pa lah pasai turun gone deras tapi masa nak naik bukit masa nak sampai area pokok tu macam macam perasaan dok mai.Kadang kadang rasa macam ada orang dok tumpang belakang basikat paklong Masa tu pak long tak kira apa dah baca apa yang ingat habis tak dak pun pak long baca bismillah banyak banyak.Pernah sekali tu bulan posa pak long dan kawan kawan pergi masjid nak pi makan more .Tak sedar ada geng kampong tunku putra pakat nak gempak kami.Sampai kat pokok besar tu depa keluar gempak kami tutup muka dengan kain pelekat saja .Kami masa tu takut lari tak cukup tanah ada yang tak boleh lari teriak kat tu juga takut punya pasai.......Pak long ingat perasaan takut tu yang ditanam oleh orang tua tua dulu bagi kesan mendalam pada buduk budak zaman tu .La ni pokok besar tu tu dah tak dak dah depa dah tebang pokok tu masa nak perbesar jalan.Tu la cerita pak long ...........salam dari paklong din.
LARIAN MPKK
Paklong nak cerita sikit pasai LARIAN MPKK.Larian mpkk ni akan diadakan pada 13 hb november ni jam 8 pagi kat taman tasek. Tujuan larian ni diadakan adalah untuk sambutan ulang tahun ke 10 kenaikan taraf Majlis Perbandaran Kulim,Adalah di anggarkan seramai 200 peserta di jangka hadir pada hari tersebut .Pak long harap sangat sangat sesiapa yang ada kelapangan boleh lah mai kat taman tasek tersebut .200 peserta yang pertama yang mendaftar akan dapat topi atau baju t shirt.Yuran penyertaan adalah RM 5 ringgit sahaja.minuman dan roti akan di bagi secara percuma .Jadi apa yang di tunggu lagi ayuh daftar nama kepada puan UMI di unit landskape MPKK untuk keterangan lanjut .Sekian salam sayang dari pak long................bye bye
Wednesday, October 26, 2011
Usia Emas
Baru baru ni staf paklong masuk hospital pasai sakit jantung.Usia dia baru 52 tahun ada enam tahun lagi nak pencen.Paklong pun rasa susah hati jugak pasai usia paklong dah tak lama nak pi usia emas.Bila usia dah masuk kepala lima puluhan ni dah tak macam masa muda dulu.Dah banyak benda yang tak boleh buat dan tak boleh makan .pak long la ni macam supermarket bergerak ,ya la gula lebih ,garam lebih dan lemak lebih .Jadi nak kena kontrol makan.tak boleh makan macam dulu.Kalau dulu selang sari pak long pekena nasi kandar Haja dan nasi kandar Seni Mohd.la ni tak boleh dah.nak kena jaga makan .Dulu mesti kena teh tarik kau kau punya la ni dah kena kurang sikit.Mak long hang selalu belatiaq kat pak long pasai tak jaga makan . Ya laa sayang laki .Tak tau lah tapi malam ni pak long tak mahu makan nasi.Tu pun kalau pak long dapat tahan perut .Sekian...................Salam dari pak long din
Subscribe to:
Posts (Atom)