Sunday, March 4, 2012

Negara Kebajikan

Tadi pak long tenguk berita  kata  seorang pemimpin negara bahawa negara kita tak boleh jadi negara kebajikan takut nanti negara akan bangkrap atau jatuh muflis.Pak long nak betul sikit kenyataan tersebut kerana apa yang di maksudkan dengan negara kebajikan .Negara kebajikan bukan lah memberi wang kepada rakyat semata mata atau memberi wang kepada orang yang malas kerja tapi negara kebajikan adalah pemimpin  yang menjaga kebajikan rakyat seperti menyediakan peluang perkerjaan kepada rakyat ,mengawal harga barangan agar tidak di monopolikan oleh golongan tertentu,tidak menindas rakyat dengan mengenakan berbagai bagai cukai ,memberi peluang pendidikan kepada semua tanpa mengira  taraf dan darjat dan memberi kemudahan kesihatan pada rakyat dan memberi semula hak  rakyat.Itu yang dimana kan negara kebajikan dan tak boleh dipandang dari sudut kebendaaan  semata mata. Pak long harap tulisan pak long dapat membetulkan pandangan apa yang di kata kan negara kebajikan dan pak long harap jangan lah pemimpin mengungkit pemberian yang  telah diberikan kerana itu  tugas dan tanggung jawab seorang  pemimpin .maka renung renung kan  kata pak long ni Akhir kata salam sayang  dari pak long din

Thursday, March 1, 2012

Oh Kereta Ku............

Pak long baca berita tadi pasai bank negara mengetatkan pinjaman kereta kerana masalah bayaran .Pak long  setuju  langkah tersebut  kerana ia nya akan mengurangkan masalah hutang keluarga dan negara.Walaupun langkah tersebut di lihat kejam tapi pada jangka panjang dia akan beri manafaat pada semua .Biar lah orang nak kata apa kalau kita tak mampu jangan berhutang lagi sehingga kita mampu .Cuma pak long nak minta pada Bank Negara tolong pastikan  bank bank ni jangan lah  dok boh kadar bunga terlalu tinggi sampai kadang kadang tiga tahun bayar baru habis bayar bunga tu tak masuk pinjaman .Di zaman gawat ni bank patut turun kan kadar bunga jangan sampai menekan peminjam kerana kalau depa tak mampu bayar bank juga yang susah Tapi kalau boleh jadi macam pak long pakai kereta dah berumur dua belas tahun senang tak dak hutang .Ok salam dari pak long din

Wednesday, February 29, 2012

Berapa Banyak Cukai daa.......

Pak long nak cerita kali ni pasai cukai  pulak.Tak tahu pula tapi perasaan pak long negara kita banyak sungguh dengan cukai .Mai kita kira cukai pintu ,cukai tanah ,.cukai pendapatan .cukai kastam ,cukai jalan,  cukai hiburan ,cukai syarikat dan tak lama lagi cukai barangan iaitu GST.Tu pun negara kita berhutang  hampir lima ratus billon.Pak long hairan yang cukai dok kutip tapi negara kita dok berhutang juga.Pada pendapat pak long mungkin berlaku tidak kecekapan pengurusan wang negara kerana rakyat negara kita baru dua puluh lapan juta  Kalau campur semua cukai dan hasil kita dah jadi negara maju.Lagi satu bila dah kerajaan kenakan cukai tinggi kepada syarikat akhir nya kos tersebut akan patah balik kepada rakyat contoh nya caj tol dan caj elektrik .Pak long harap kerajaan kaji semula semua cukai cukai  ni kerana  yang menjadi mangsa adalah rakyat Sekian dari paklong din .Jumpa lagi

Monday, February 27, 2012

Baguih la........

Pak long tadi  tenguk berita perdana berkiatan kerajaan akan minta semua menteri kabinet  akan di minta mengistihar harta kepada SPRM .Pak long setuju sangat langkah macam ni pasai ia membuktikan kerajaan telus dalaam  pentadbiran dan kalau boleh semua kakitangan kerajaan juga wajib istihar harta kat SPRM Tenguk harta depa mula kerja depa ada berapa duit dan bila dah  lama kerja depa ada banyak mana harta  Kalau pelik sikit panggil depa beri keterangan.Tapi yang tak syok nya PM kata kena bagi BN menang dulu baru nak pinda perlembagaaan .Tok sah la nak tunggu sampai menang pilihanraya .Buat la ni baru rakyat percaya .kalau tidak depa kata sandiwara politik.Pak long  kalau boleh pinta kerajaan buat pada waktu terdekat ni terutama pada menteri kabinet .harap kerajaan dengar  .Sekian dari pak long din

Thursday, February 23, 2012

Hutang Negara

Pak long terkejut bila lihat data yang hutang negara  meningkat kepada 450  billon .Satu angka yang menakutkan .Kajian dibuat hutang negara telah mencapai 54 peratus dari pendapatan negara.Kalau nak kira cara mudah setengah dari pendapatan .Perkara ni boleh menyebabkan kerajaan bangkrap jika tidak dikawal Pak long  harap kita tak jadi macam negara Greece Bila kerajaan tak mampu nak bayar hutang dan terpaksa buat pinjaman  kat negara asing .Bila jadi macam tu maruah negara kita nak letak kat mana.Oleh yang demikian ingat lah pesan orang dulu kalau nak  beli baju  kena ikut saiz badan .Kalau nak belanja ikut kemampuan Jangan jadi seperti biar papa asal bergaya akhirnya kita yang susah Sekian dari pak long

Tuesday, February 21, 2012

Langkawi hilang seri nya

Pak long baru balik dari Langkawi dua tiga hari lepaih .Pi seminar kat sana .Pak long bukan apa cuma nak tegur sikit pasai Langkawi .Bukan apa sakit telinga bila orang luar tegur tempat kita Walau pun bukan tempat pak long tapi pak long rasa elok lah pak long tegur sebelum orang lain tegur .Pertama pak long tenguk masalah utama kat pekan Langkawi ada lah masalah kebersihan di depan kedai dan di kedai kedai  makan .Rasa macam tak bersih dan memang tak bersih pun  Bukan apa tempat ni tempat pelancongan jadi ramai pelancong asing mai kat sini jadi harap pihak tertentu ambil perhatian .Pak long puji Bandaraya Kuching bersih jangan nak cari sampah kat tepi jalan Cuba  pihak Langkawi pi berjalan kat sana belajar dari depa kat sana .Kedua nya makan minum kat Langkawi memang mahal dan tak sedap .Agaknya orang Langkawi tak pandai masak kot .Kalau tak reti masak hampa kena mai kat Kulim belajak masak tapi yang pak long sakit hati dah la tak sedap mahal pulak tu .Pak long harap pihak tertentu ambil perhatian jangan biarkan Langkawi hilang seri nya .Salam dari  pak long

Saturday, February 18, 2012

Sudah Sudah ......lah

Pak long terkejut baca berita tadi yang Khazanah Nasional bhd nak  lupus hutang kepada bekas korperat lebih kurang lima ratus juta lebih.Jika berita tu benar betapa rugi nya rakyat Malaysia kerana duit tu duit rakyat hasil dari kutipan cukai sepatutnya kerajaan kena kutip balik pinjaman tersebut bukan nak hapus kira macam tu saja Perkara perkara  macam ni  la yang buat rakyat marah, ye lah kalau rakyat biasa pinjam duit sikit depa tuntut sampai lubang cacing tapi bila orang besak pinjam depa nak hapus kira saja .Kalau kat di negara Iran depa ni sah  kena hukum tembak.Pak long harap kerajaan tenguk perkara ni jangan bagi rakyat marah dan jadi isu pilihanraya ,Harap kerajaan ambil berat.Salam dari pak long