Tuesday, March 20, 2012

Kisah Silam

Pak long bukan di lahirkan sebagai anak orang berada.Ayah pak long hanya berkerja buruh di pejabat tanah Kulim manakala .ibu pak long  tidak berkerja.Kehidupan pak long masa kecik dulu memang susah.Pernah sekali jiran sekeliling kampong  pak long ketika itu  telah  mempunyai tv tapi keluarga pak long tak mampu nak beli tv .Pak long hanya dapat menumpang menonton   kat rumah jiran  dan pernah dihambat oleh jiran kerana tak dibenarkan menonton bersama .Kehidupan masa itu memang sukar Pak long tak mampu nak beli pakaian walaupun setahun sekali dan hanya mampu beli pakaian terpakai dari kawan kawan Pak long mengambil upah menjual tulang ayam dari peniaga satay untuk dijualkan kepada  peniaga bihun sup.Masuk kampung cari daun pisang dan jual kepada peniaga nasi lemak .Boleh kata macam macam kerja pak long buat sampai kerja kedai makan dan berkerja di kilang chop kain dan guni.Semua kerja pak long laku kan demi untuk masa depan dan pak long tak pernah menyesal atas kesusahan tersebut kerana ia nya memberi satu sifat ketabahan kepada pak long dan pak long yakin ada sinar menteri disebalik kesukaran ini . Oleh itu bersabarlah  Salam sayang dari pak long din

Sunday, March 18, 2012

Syukur....

Pak long terbaca satu laporan berkiatan di India hanya 46 peratus rumah disana  mempunyai tandas Maksudnya disini 54 peratus tak mempunyai tandas.Cuba tuan tuan bayangkan kalau keadaan ini terjadi di Malaysia .tentu sukar bukan..... dan  kalau  kita bersiar  di sepanjang  jalan tentu kita  lihat pandangan orang membuang air besar sepanjang jalan  tersebut .Kita disini sepatutnya bersyukur kerana tidak berlaku keadaan seperti ini.Semiskin miskin rakyat Malaysia pun  mereka masih ada tempat berteduh dan tandas kecuali mereka yang malas berkerja .Cuma sekarang ni kerajaan perlu pasti kan rakyat yang  hidup di  bawah paras kemiskinan di bantu keluar dari kemiskinan tersebut  Kaedah nya dengan memberi limu kerana dengan ilmu yang ada mereka ini boleh mencari pendapatan dan keluar dari kemiskinan .Pak long harap kita tak jadi macam di India bila rasuah menjadi satu budaya kehidupan dan yang akan menderita adalah rakyat bawahan  .Maka pastikan  ia tidak berlaku Salam dari pak long din.

Saturday, March 17, 2012

Jangan Lebih Sangat

Baru baru ni kat surat kabar katanya syarikat perkhidmatan pra bayar akan mengenakan caj sebanyak enam peratus kepada pengguna Maksud di sini kalau kita top up RM sepuluh ringgit kita kena bayar tambahan enam puluh sen .Bayang kan berapa juta pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini setiap hari  Tentu berjuta depa dapat  kutip oleh syarikat syarikat ini.Kerajaan sepatutnya mengambil tindakan kepada semua syarikat ini kerana mereka ini dah untung  semasa kita buat bayaran top up jadi  nak buat apa nak caj lagi ..Ini la bahana nya kalau semua diswastakan sampai benda asas pun nak di kenakan caj..Tak lama lagi depa pikir macamana nak caj kereta yang letak depan rumah kita .Pada masa tu  mai kita tenguk sapa  yang susah .Maka tuan tuan sebagai rakyat guna kan hak kita  Salam dari pak long

Thursday, March 15, 2012

Perancangan Kerja........

Apa yang anda rancang untuk masa depan .Adakah anda ada rancangan seharian semasa anda lakukan tugas anda atau anda hanya buat kerja apa yang ada diatas meja anda.saja Seorang pemimpin yang berjaya dia akan merancang kerjanya sebelum dia datang berkerja.kemudian beliau akan melaksanakan kerja yang dirancangkan .Sebaiknya perancangan kerja dibuat untuk tempoh mingguan ,bulanan dan tahunan .Objektif perancangan hendak lah berorentasikan jangka masa pendek, sederhana dan panjang.Satu lagi sediakan senarai kerja yang perlu dilaksanakan (to do list) agar senang anda mengatur kerja anda .Siapkan  kerja yang penting dulu ,sederhana penting dan kurang penting .Setelah anda laksana apa yang pak long katakan  Insyaalah kerja anda akan lebih terancangdan teratur  Sekian dari paklong

Wednesday, March 14, 2012

Kisah Menyayat Hati

Pak long terbaca satu kes pembunuhan seorang kanak kanak berumur 5 tahun di bunuh dengan kejam .Yang pak long tak faham tu pasai apa budak umur 5 tahun tu jadi mangsa dah la dibunuh dibakar pulak mayat budak tu.Memang kejam betul manusia tu dan bagi pak long dia bukan manusia tapi binatang .Malah lebih rendah dari binatang kerana binatang pun erti kasih sayang .Tu la manusia yang bertopengkan sifat syaitan .Pak long  harap pembunuh tesebut dapat ditangkap dan di ambil tindakan di atas perbuatan mereka.dan kepada ibu bapa tu selalu lah memastikan keselamatan anak dijaga Jangan dok kirim anak pi kedai tak tentu pasai .Tenguk sama anak anak tu.Dah jadi macam ni baru nak teriak .La ni teriak dah  tak guna dah .Akhir kata sama sama kita menjaga keselamatan kawasan kita agar kejadian ini tak berulang

Terima saja la

Baru baru ini seorang menteri kabinet talah meletakan jawatan .Katanya sudah sampai masanya beliau meletakkan jawatannya.Pak long tak nak komen pasai peletakan jawatan tersebut  tapi memang adat dunia lah kalau kita buat jasa seribu kali orang tak nampak tapi kalau  berlaku salah sekali orang cerita sampai lubang cacing .Paklong harap perkara ini akan  menjadi pengajaran kepada semua supaya kita tak boleh melupakan bahawa rakyat sentiasa memerhati kehidupan kita terutama yang bergelar YB.dan kepada YB ni pak long harap depa terima saja lah keputusan kerana mungkin ia telah di takdir kan tuhan

Monday, March 5, 2012

Pelik Betul...............

Pak long pelik betul dengak bekas memanda menteri kata kalau kerajaan luluskan pelaksanaan gaji minimum nanti negara akan bangkrap.Pak long rasa memanda menteri ni  tak pernah hidup susah sebab tu dia tak tahu keadaan rakyat kat bawah La  ni kalau gaji kurang dari RM seribu maka boleh dikata tergolong kepada  golongan miskin .Kalau tak percaya mai kita kira .La ni kalau pi kedai makan nasi dengan lauk sekali makan mesti tiga ke empat ringgit tu sekali makan kalau sehari mesti belanja sekurang kurang nya sepuluh ringgit sehari kalau sebulan dah tiga ratus .,tolak pulak  sewa rumah tiga ratus ringgit  tinggal empat ratus kalau belanja minyak dan bayar duit elektrik, air baki yang tinggal banyak mana .Tu la golongan atasan jangan dok bela sangat golongan kapitalisma ni pasai depa  ni untung berjuta juta tapi rakyat bawah  ni hidup sengsara.Pak long harap kerajaan mempercepatkan segera pelaksanaan gaji minumum ni supaya semua orang akan dapat manafaat .Sekian salam dari pak long din ...

Sunday, March 4, 2012

Negara Kebajikan

Tadi pak long tenguk berita  kata  seorang pemimpin negara bahawa negara kita tak boleh jadi negara kebajikan takut nanti negara akan bangkrap atau jatuh muflis.Pak long nak betul sikit kenyataan tersebut kerana apa yang di maksudkan dengan negara kebajikan .Negara kebajikan bukan lah memberi wang kepada rakyat semata mata atau memberi wang kepada orang yang malas kerja tapi negara kebajikan adalah pemimpin  yang menjaga kebajikan rakyat seperti menyediakan peluang perkerjaan kepada rakyat ,mengawal harga barangan agar tidak di monopolikan oleh golongan tertentu,tidak menindas rakyat dengan mengenakan berbagai bagai cukai ,memberi peluang pendidikan kepada semua tanpa mengira  taraf dan darjat dan memberi kemudahan kesihatan pada rakyat dan memberi semula hak  rakyat.Itu yang dimana kan negara kebajikan dan tak boleh dipandang dari sudut kebendaaan  semata mata. Pak long harap tulisan pak long dapat membetulkan pandangan apa yang di kata kan negara kebajikan dan pak long harap jangan lah pemimpin mengungkit pemberian yang  telah diberikan kerana itu  tugas dan tanggung jawab seorang  pemimpin .maka renung renung kan  kata pak long ni Akhir kata salam sayang  dari pak long din

Thursday, March 1, 2012

Oh Kereta Ku............

Pak long baca berita tadi pasai bank negara mengetatkan pinjaman kereta kerana masalah bayaran .Pak long  setuju  langkah tersebut  kerana ia nya akan mengurangkan masalah hutang keluarga dan negara.Walaupun langkah tersebut di lihat kejam tapi pada jangka panjang dia akan beri manafaat pada semua .Biar lah orang nak kata apa kalau kita tak mampu jangan berhutang lagi sehingga kita mampu .Cuma pak long nak minta pada Bank Negara tolong pastikan  bank bank ni jangan lah  dok boh kadar bunga terlalu tinggi sampai kadang kadang tiga tahun bayar baru habis bayar bunga tu tak masuk pinjaman .Di zaman gawat ni bank patut turun kan kadar bunga jangan sampai menekan peminjam kerana kalau depa tak mampu bayar bank juga yang susah Tapi kalau boleh jadi macam pak long pakai kereta dah berumur dua belas tahun senang tak dak hutang .Ok salam dari pak long din

Wednesday, February 29, 2012

Berapa Banyak Cukai daa.......

Pak long nak cerita kali ni pasai cukai  pulak.Tak tahu pula tapi perasaan pak long negara kita banyak sungguh dengan cukai .Mai kita kira cukai pintu ,cukai tanah ,.cukai pendapatan .cukai kastam ,cukai jalan,  cukai hiburan ,cukai syarikat dan tak lama lagi cukai barangan iaitu GST.Tu pun negara kita berhutang  hampir lima ratus billon.Pak long hairan yang cukai dok kutip tapi negara kita dok berhutang juga.Pada pendapat pak long mungkin berlaku tidak kecekapan pengurusan wang negara kerana rakyat negara kita baru dua puluh lapan juta  Kalau campur semua cukai dan hasil kita dah jadi negara maju.Lagi satu bila dah kerajaan kenakan cukai tinggi kepada syarikat akhir nya kos tersebut akan patah balik kepada rakyat contoh nya caj tol dan caj elektrik .Pak long harap kerajaan kaji semula semua cukai cukai  ni kerana  yang menjadi mangsa adalah rakyat Sekian dari paklong din .Jumpa lagi

Monday, February 27, 2012

Baguih la........

Pak long tadi  tenguk berita perdana berkiatan kerajaan akan minta semua menteri kabinet  akan di minta mengistihar harta kepada SPRM .Pak long setuju sangat langkah macam ni pasai ia membuktikan kerajaan telus dalaam  pentadbiran dan kalau boleh semua kakitangan kerajaan juga wajib istihar harta kat SPRM Tenguk harta depa mula kerja depa ada berapa duit dan bila dah  lama kerja depa ada banyak mana harta  Kalau pelik sikit panggil depa beri keterangan.Tapi yang tak syok nya PM kata kena bagi BN menang dulu baru nak pinda perlembagaaan .Tok sah la nak tunggu sampai menang pilihanraya .Buat la ni baru rakyat percaya .kalau tidak depa kata sandiwara politik.Pak long  kalau boleh pinta kerajaan buat pada waktu terdekat ni terutama pada menteri kabinet .harap kerajaan dengar  .Sekian dari pak long din

Thursday, February 23, 2012

Hutang Negara

Pak long terkejut bila lihat data yang hutang negara  meningkat kepada 450  billon .Satu angka yang menakutkan .Kajian dibuat hutang negara telah mencapai 54 peratus dari pendapatan negara.Kalau nak kira cara mudah setengah dari pendapatan .Perkara ni boleh menyebabkan kerajaan bangkrap jika tidak dikawal Pak long  harap kita tak jadi macam negara Greece Bila kerajaan tak mampu nak bayar hutang dan terpaksa buat pinjaman  kat negara asing .Bila jadi macam tu maruah negara kita nak letak kat mana.Oleh yang demikian ingat lah pesan orang dulu kalau nak  beli baju  kena ikut saiz badan .Kalau nak belanja ikut kemampuan Jangan jadi seperti biar papa asal bergaya akhirnya kita yang susah Sekian dari pak long

Tuesday, February 21, 2012

Langkawi hilang seri nya

Pak long baru balik dari Langkawi dua tiga hari lepaih .Pi seminar kat sana .Pak long bukan apa cuma nak tegur sikit pasai Langkawi .Bukan apa sakit telinga bila orang luar tegur tempat kita Walau pun bukan tempat pak long tapi pak long rasa elok lah pak long tegur sebelum orang lain tegur .Pertama pak long tenguk masalah utama kat pekan Langkawi ada lah masalah kebersihan di depan kedai dan di kedai kedai  makan .Rasa macam tak bersih dan memang tak bersih pun  Bukan apa tempat ni tempat pelancongan jadi ramai pelancong asing mai kat sini jadi harap pihak tertentu ambil perhatian .Pak long puji Bandaraya Kuching bersih jangan nak cari sampah kat tepi jalan Cuba  pihak Langkawi pi berjalan kat sana belajar dari depa kat sana .Kedua nya makan minum kat Langkawi memang mahal dan tak sedap .Agaknya orang Langkawi tak pandai masak kot .Kalau tak reti masak hampa kena mai kat Kulim belajak masak tapi yang pak long sakit hati dah la tak sedap mahal pulak tu .Pak long harap pihak tertentu ambil perhatian jangan biarkan Langkawi hilang seri nya .Salam dari  pak long

Saturday, February 18, 2012

Sudah Sudah ......lah

Pak long terkejut baca berita tadi yang Khazanah Nasional bhd nak  lupus hutang kepada bekas korperat lebih kurang lima ratus juta lebih.Jika berita tu benar betapa rugi nya rakyat Malaysia kerana duit tu duit rakyat hasil dari kutipan cukai sepatutnya kerajaan kena kutip balik pinjaman tersebut bukan nak hapus kira macam tu saja Perkara perkara  macam ni  la yang buat rakyat marah, ye lah kalau rakyat biasa pinjam duit sikit depa tuntut sampai lubang cacing tapi bila orang besak pinjam depa nak hapus kira saja .Kalau kat di negara Iran depa ni sah  kena hukum tembak.Pak long harap kerajaan tenguk perkara ni jangan bagi rakyat marah dan jadi isu pilihanraya ,Harap kerajaan ambil berat.Salam dari pak long

Friday, February 17, 2012

Bagaimana nak Mulakan Perniagaan

Pak long nak cerita kali ni bagaimana nak mulakan pernigaaaan.Apa kah syarat sebelum nak mulakan perniagaaan.Banyak faktor sebelum kita nak mulakan sesuatu perniagaan.tapi syarat paling penting adalah seperti berikut
1.Ilmu  sebelum nak ceburi apa apa perniagaan seorang itu perlu mempunyai imu perniagaan Sebagai contoh ilmu masakan jika nak masuk bidang masakan ,ilmu jahitan dan sebagainya Ini penting kerana dengan ilmu baru seseorang itu boleh masuk dalam bidang perniagaan
2.Modal sebelum nak mula perniagaan seseorang itu perlu ada modal bergantung jenis dan saiz perniagaan .Jika modal yan besar diperlukan seperti membuka stesyen minyak dan modal yang rendah jika membuka warung dan sebagainya . Apa yang penting pulangan daripada modal yang yang dikeluarkan
3.Lokasi lokasi lokasi ia nya penting sebelum memulakan perniagaan .Tak guna jika perniagaan yang ditawarkan itu baik jika orang tak dapat melihat perkhidmatan kita .Sebelum memulakan perniagaan pastikan lokasi sesuai diperolehi. Kajian perlu dibuat sebelum lokasi dipilih seperti jumlah penduduk ,jumlah pendapatan harga  sewaan jenis perkerjaan penduduk sebelum sesuatu perniagaan dijalankan
4.Jenis perniagaan .Kajian pasaran perlu dibuat sebelum sesuatu perniagaan dijalankan Sebagai contoh jika kita nak menjual nasi ayam kita perlu melihat pasaran samada ada atau tidak persaingan kita dari segi harga kualiti dan yang paling penting sedap
Itu saja pak long nak bagi tip nasihat,bagaimana nak mula kan perniagaan jika ada apa apa masalah bolehlah  e mail pada pak long  Sekian salam dari pak long din


Wednesday, February 15, 2012

Duit........Duit

Ada yang panggil ringgit ,ada yang panggil dolar, ada yang panggil bhat, semua itu duit lagu M.Nasir .Dalam dunia yang serba moden ni kita perlu duit .Tanpa duit kita susah nak hidup kat dunia moden ni.Paklong bukan orang yang terlalu gila kan duit tapi tanpa duit bagaimana nak uruskan kehidupan harian.Baru baru ni ada kes pembunuhan pasai hutang RM lima ratus ringgit saja sampai sangup tikam kawan .Ni lah akibat nya kalau seorang tu dah hilang  pertimbangan akal pasai tak dak duit .Dia sanggup merompak ambil rasuah dan ada yang sanggup membunuh.Pada pandangan pak long kemungkinan dunia ni terlau banyak menjuruskan  sistem kapiltalisme dimana golongan ni yang menguasai dunia dan pemerintahan dunia.Sebagai contoh kongres Amerika di kuasai oleh kapiltalisme Jadi golongan ni akan sedaya ipaya mempengaruhi kongres menjaga kepentingan mereka .Asal saja bagi duit .dan kesan nya pada orang susah dan rakyat bawaham.Jadi bagaimana ? kita perlu berkerja keras mencari duit..........oleh tu cari lah duit Sekian salam dari pak long

Sunday, February 12, 2012

Pengurusan Wang

Terkejut pak long bila baca berita di satu kawasan selatan tanahair jutawan tanah rancangan dah jatuh bangkrap.Kebanyakan mereka ni dapat pampasan semasa Putra Jaya dibangunkan dan mendapat habuan lebih kurang sejuta seorang .Tapi hari ini kebanyakan mereka tak mampu nak meneruskan kehidupan  ada yang terpaksa menjadi jaga dan sebagainya .Pak long hairan juga pasai apa jadi macam ni Ni la sebab kita perlu ada kemahiran pengurusan wang . Wang yang dapat seharusnya dilaburkan dalam skim Amanah Nasional atau Tabung Haji dan pendapatan dari dividen  dapat digunakan untuk urusan harian .Kalau tidak pun buat rumah sewa banyak banyak dan dapat pendapatan tetap.Pak long rasa sayang kerana bukan senang nak dapat duit banyak macam tu.dan pak long harap mana mana jutawan yang akan lahir selepas ni pelajari lah kesilapan kawan kawan Sekian salam dari pak long din

Saturday, February 11, 2012

Rasuah

Pak long naik hairan dengan negara kita ni.Ya la rasuah di mana mana .daripada rasuah pasir, rasuah lembu rasuah pendatang haram dan terbaru rasuah nak pi naik haji.La ni rasuah dah jadi satu budaya ke sampai nak pi haji pun kena bagi rasuah .Pak long bukan orang alim tapi kalau rasuah ni dibiarkan dia akan jadi barah dan akan merosakkan negara kita.Pak long harap pihak SPRM tanamkan   sikap benci rasuah di peringkat sekolah rendah lagi seperti mak bapa kita tanamkan sikap bencikan babi bukan setakat nak makan tapi sentuh pun tak boleh.Walau bagaimanapun pak long pihak berwajib kaji pasai apa rasuah banyak di negara kita Adakah pendapatan kita kian susut sampai harga barang dan perkhidmatan naik atau masalah masalah lain .Pak long harap negara kita tak  jadi macam negara jiran nak buat kerja apa  pun kena bagi rasuah sampai nak ambil nombot giliran nak jumpa doktor pun kena bagi rasuah dan pak long harap ia tak akan jadi macam tu.Sekian  salam dari pak long

Thursday, February 9, 2012

Amboi Mahalnya

Pak long terkejut bila baca paper semalam berkiatan harga segelas air sejuk/ais kosong di KL seringgit dua kupang .Pak long ingat puak puak ni dah gila apa .Harga segelas air sejuk sampai tinggi macam tu.Pak long ingat harga satu liter air baru berapa sen saja ni pasai apa mahal macam tu.Kalau di tempat pak long boleh dapat teh o ais .Pak long bukan nak kata apa tapi ni la bahana kalau kerajaan tak control harga sampai harga air sejuk sampai melambong tinggi .Tu tak kira caj parking, kos minyak ,kos makanan sampai kalau tak dak duit lebih baik dok kat rumah pasai semua la ni perlukan duit .La ni  duit kita pelan kecik .Dulu zaman pak long kecik bawa seringgit rasa macam orang kaya .Tapi la ni kalau bagi duit budak budak depa  kata nak boleh beli apa.Ini lah akibat kapitalsme iaitu orang kaya bertambah kaya dan orang susah bertambah susah .Takut nanti nak sedut udara pun nak kena bayar dan nak parking depan rumah sendiri pun kena bayar .Pak long harap ia  tak sampai zaman tu .Akhir kata harap kerajaan jangan dok pikir bagaimana nak buat duit aje tapi pikir nasib rakyat terutama orang susah macam pak long ni.Salam dari pak long din

Saturday, February 4, 2012

Kisah Kuala Lumpur

Pak long pi KL  awai tahun lapan puluhan  Masa tu KL tak la canggih macam la ni .Bangunan yang tinggi masa tu pun bangunan ada bangunan Daya Bumi yang lain tak ada.Masa tu pak long dok belajar kat jalan bangsar dok dalam pekan jadi habis  belajar pak long pi round  pekan KL. Tempat yang pak long suka  masa tu chow kit road dan pertama komplek .sebab masa tu pak long  dok  lepak kat situ dengan seluar jeans ketat dan rambut panjang.Masa tu nak pi mana kena naik bas mini   Tapi kena ingat nombor kalau tidak terlepas pi petaling jaya Masa  mula mai KL tu naik takut juga ya la kita orang kampung tak besa pi pekan besak besak Teringat pak long pada minggu pertama mai KL senior pak long kata nak bawa pi jln jln .Jadi dia bawa pak long pi chow kit Sampai kat sana dia hilang kan diri gelabah juga pak long nak kena tanya orang nak balik kat kampus Bila dah dok sebulan tu kita dah pandai boleh eksen la kat oraang kampong cakap pun slang orang KL  Banyak kenangan KL  tapi la ni dah tak syok pasai mat bangla mat indon dan nepal banyak kat sana dah jadi pekan mahkluk asing.Pak long pihak berwajib ambil tindakan pasai takut pekan KL jadi pekan depa .Salam dari pak long din

Saturday, January 28, 2012

Akhirnya

Akhirnya pak long dapat berjumpa kawan kawan lama pak long kat reunion bekas pelajar sekolah Badlishah tengahari tadi.Walaupun pak long tak lama kat majlis tersebut  kerana ada urusan tapi tempoh tersebut dapat di manafaat kan oleh paklong .Hampir tigapuluh tahun tak jumpa kawan kawan sekolah pak long .Ada yang berjaya ada yang kurang tapi yang penting nilai persahabatan yang ditanam  .Terkedu juga terdengar  MC mid bagitau dah sepuluh rakan rakan sekolah  meninggal dunia dalam tempoh tigapuluh tahun kami meninggal sekolah .Pak long harap tahun depan  pak long dapat  berjumpa lagi  kawan kawan paklong jika di panjang kan umur .Namun yang penting persahabatan lebih berharga dari wang ringgit .Salam dari pak long din

Friday, January 27, 2012

Nasib Penjawat Awam

Pak  long dah lama kerja kerajaan .Mungkin setengah orang pikir kerja penjawat awam senang .Ya la.cuti banyak kerja pulak tak teruk kata depa .Sebenar nya kerja penjawat awam memang susah. Pak long dah kerja kerajaan hampir dua puluh empat tahun.Dulu masa kerja kat kilang produk yang dikeluarkan adalah barangan tapi bila dok kerja kerajaan produk yang di keluarkan adalah perkhidmatan .Susah nya bila kita berurusan dengan manusia kerana sikap manusia tidak akan berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan kerana manusia tak sama .Ada orang kata ok ada pulak kata ko .Untuk itu bila kerja kerajaan kena ada ketahanan mental yang kuat .Kalau orang marah  pun kita kena senyum biasanya yang kena teruk di bahagian hadapan Depa ni selalu jadi mangsa.Pak long puji semua kakitangan kerajaan kerana memberi perkhidmatan yang baik sehingga Malaysia akan  menjadi negara yang maju.Tabik kat orang kerajaan termasuk  pada pak long Sekian dari pak long

Tuesday, January 24, 2012

Musim Perayaan

Negara kita ni terkenal dengan musim perayaan .Dari perayaan tahun baru cina ,hari raya puasa, deepavali dan perayaan krismas negara kita tak henti henti menyambut perayaaan ,Tu tak termasuk  perayaan yang lain seperti sambutan merdeka dan perayaan keagamaan .Kalau nak di campor mungkin dekat lima belas hari kita sambut perayaan.Pak long bukan nya tak setuju dengan perayaan ni tapi kalau perayaan terlalu banyak boleh tipis poket .lya la kalau setiap kali perayaan mesti nak balik kampong punya tentu tak sempat nak simpan duit Bagi yang ada mak bapak musim perayaan ni lah nak balik kampong dan bagi yang dah jadi mak bapa maka  anak anak akan balilk kampong jumpa kita.Apa pun perayaan ini akan merapatkan hubungan kekeluargaan Pak long harap kita semua berhati hati ketika  memandu.Salam sayang dari pak long din

Saturday, January 21, 2012

Berani

Hidup ini kita perlu berani,tanpa sikap berani kita tak akan ada pendirian.Orang berani sentiasa itiqamah dalam pendiriaan.Kenapa perlu ada sikap berani dalam kehidupan
1.Orang yang berani ia tidak akan dipermain kan
2.Orang  yang berani akan di pandang tinggi oleh orang lain
3 Orang yang berani tidak akan berdolak dalik dalam perkataaan
4.Orang yang berani tidak akan jadi pembodek dan pengampu
5.Orang berani tak takut untung rugi dalam perniagaan
dan akhirnya orang berani sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru .Oleh itu kita perlu ada sikap berani dalam  tapi.......... biarlah bertempat.Sekian salam.............. dari pak long

Saturday, January 14, 2012

Cerita Kehidupan

Pak long pi tadi makan mee kuah kat machang bubuk .Kalau yang tak tahu pekan machang bubuk bersempadan dengan pekan Kulim.Orang machang bubuk memang pandai masak .Kalau nak tahu nasi tomato paling sedap ada kat pekan machang bubuk begitu juga dengan mee goreng atau mee rebus Ada juga mee kuah ketam tapi dia duk atas sikit kat pekan alma .Pak long kalau ada duit lebih sikit mesti mai kat sini.Mee rebus atau mee kuah dia memang sedap .Kena pula dengan ais kacang gunung berapi.Begitu lah orang yang biasa macam pak long ni tak pernah makan kat coffee house atau hotel kalau makan pun kerana  dapat pi kursus saja.Pak long lihat kehidupan masyarakat kampong memang rata rata nya agak sukar .Tak macam  kehidupan  pemimpin dan korporat .Mereka ni  perlu tenguk keadaan harian penduduk kat bawah ni. Depa kena tahu parlimen di kedai kopi akan menentukan corak pemerintahan negara Oleh yang demikian dengarlah nadi denyut rakyat kerana itu lah cerita kehidupan .Salam dari pak long din

Wednesday, January 11, 2012

Paling Meluat

Pak long ni jenis straight foward guy ,jenis bercakap depan depan .Pak long paling meluat kalau depan kita depa bercakap sikit punya manis tapi belakang kita depa  tikam kita dari belakang .Manusia jenis apa ni.Depa tak sedar ka depa dok makan bangkai .Pak long  ingat kaum jenis ni tak dak kat dunia ni. pun tak pa Buat bala kat orang dok keliling depa .Depa ni kalau kita dok dekat depa pun kita kena bala dan depa mai kat kita pun kita kena bala.Buat apa depa nak fitnah bukan kah rezeki tu  kerja tuhan Tok sak dok buat fitnah untuk dapat habuan dunia .Paling sedih ada yang tua nak mampuih pun perangai macam tu.Pak long harap pak long tak mau kenal dan dekat dengan kaum jenis ni.Jadi manusia lah  yang jujur baru orang sayang dan kenang kita  Akhir kata salam sayang dari pak long

Tuesday, January 10, 2012

Selamat Tahun Baru ...........

Tahun ni kita telah menyambut tahun baru .Bagi yang berumur macam pak long ni bertambah lah satu angka lagi kat umur pak long .Bila sambut tahun baru ni  macam macam azam akan kita buat .Ada yang nak jadi  kaya ada nak simpan duit banyak banyak ,ada nak pi mekah  macam macam lagi  azam yang  akan kita buat dan belum tentu semua azam akan tercapai .Bagi pak long tahun ni pak long  berazam nak jaga kesihatan .Pak long nak kurang kan makan waktu malam dan  banyak kan  senaman tu pun kalau pak long larat .Insyaalah pak long nak berusaha kalau boleh nak jaga makan kerana semua penyakit mai dari makanan.Lagi satu azam pak long nak berusaha sedaya upaya agar kehidupan pak long lebih baik dari tahun tahun  yang lepaih .Apa pun kita perlu syukur kerana telah dipanjang kan umur untuk tahun ini.Salam sayang dari pak long din