Sunday, December 11, 2011

Calon boleh Menang

Pak long terbaca kat surat kabar baru baru ni pasai hanya calon boleh  menang akan diberi peluang untuk bertanding kat piliharaya akan datang.Pak long tertanya tanya juga apa kreteria untuk mengetahui seseorang itu boleh menang atau tidak. Dulu kat kampong pak long tu ada macam ni juga seorang tu bekas pelajar luar negeri dan menjadi sebutan ramai .Dia baik dan hormat orang kampong lawan nya hanya calon yang hanya pass darjah 6 saja .Kerja pun tak tinggi mana setakat jadi penyelia aje .Tapi nak jadi cerita penyelia ni menang dalam pilihanraya tersebut .Tu yang pak long nak cakap ni belum tentu yang kita suka orang lain akan suka Pada pak long ni semua kerja tuhan boh pi sapa pun kalau tuhan nak bagi menang muka macam tiang jamban pun boleh menang tapi kalau  tuhan tak suka muka macam shah rukh khan pun tak kan menang punya .Renung renung kan ..Salam dari pak long

Saturday, December 10, 2011

Cerita Dongeng Kulim

Dulu masa pak long kecik kecik ayah pak long cerita satu cerita berkaitan daerah kulim.Cerita nya begini dulu ada seorang penarik beca menunggu penumpang kat depan Medan Citarasa Kulim .Dulu Medan Citarasa tu tempat menunggu bas dan beca.Satu malam si penarik beca tu di datangi oleh seorang perempuan membawa anak kecil .Si penarik baca tu tanya nak ke mana Jawab perempuan tu nak balik ke kampong keladi .Maka penarik beca tu kayuh la beca nya. tanpa banyak soal jawab Si penarik beca tu cuba nak bersembang dengan perempuan tersebut tapi perempuan tu hanya mendiam kan diri .sampai ke kawasan perkuburan cina  perempuan tu suruh  penarik beca berhenti dan kata nya dia nak pergi ambik duit yang teringgal  kat rumah dia Baiklah kata si penarik beca tapi  yang pelik nya dia keluar dari beca tak bawa anaknya bersama  Dia.tunggu punya tunggu perempuan tu tak mai juga Penarik beca dah nak panik .Bila dia tenguk budak kecik tu dah jadi batu nisan dan perempuan tu mengilai gilai diatas pokok kat perkuburan tersebut. .Apa lagi penarik beca tu buat pecutan 4 kali 100 meter la tinggal dia punya beca. kat situ juga.Bila ayah pak long cerita  naik seram juga pasai pak long ni jenis  suka keluar malam Moral cerita ni kita jangan bagi tumpang orang yang kita tak kenai asal usul  .Sekian salam dari pak long din

Friday, December 9, 2011

Kaya Hati

Tadi pak long pi sembahyang jumaat kat masjid kampong pak long .Macam biasa pak long akan dok kat  saf tengah .Hari ni tok imam cakap pasai kaya hati . Pak long nak cerita sikit  apa yang di bagitau oleh tok imam tersebut .Dia kata kekayaan  paling terbaik di dumia ni adalah kaya hati kerana jika kita kaya hati maka sikap bersyukur akan melekat kat kita.Biasa lah manusia jika dia kaya harta pun dia akan rasa tak cukup cukup walaupun pada pandangan orang lain dia  dah cukup kaya tapi bagi dia belum lagi memuaskan hati dia .Jadi macam mana kita nak sentiasa kaya hati.Pertama kita hendak sentiasa syukur dengan nikmat yang diberi . Kedua sentiasa membaca al quran kerana akan timbul ketenangan jiwa .Ketiga sentiasa pergi dan  mendengar majlis ilmu dan Keempat sentiasa buat sembahyang tahjud.Pak long harap kita semua akan kaya hati amin.........Sekian dari pak long din

Wednesday, December 7, 2011

Pi Sarawak

Pak long baru balik Sarawak.Pak long pi sana kerana ada seminar SHO [Safety and Health Officer]peringkat Borneo .Pak long tenguk peserta memang ramai lebih kurang 500 peserta.Yang pak long nak cerita ni pasai bandaraya Kuching .  10 tahun dulu pak long pi tapi la ni sudah banyak berubah . Banyak hotel baru serta shopping complex baru.contoh nya hotel Pull Man yang pak long duduk Bukan saja hotel tapi ada shopping complex baru. Pak long harap sangat satu hari bandar kulim akan ada hotel 5 bintang macam hotel Pull Man pasai banyak peniaga dan pelabut datang kat Kulim.Harap pihak yang bertanggung jawab dapat memikir kan perkara ini  Sekian salam dari pak long

Monday, November 28, 2011

Marka Lama

Pak long baru baru ni dengar lagu dulu .lagu Zaman pak long masa muda dulu masa belasan tahun. Masa tu dalam tingkatan 5 .Masa dengar lagu tu terus ingat marka lama pak long .Masa tu pak long tak berani nak tegur sapa pasai masa dok sekolah lagi jadi masa nak masuk kelas mesti pak long terserempak dengan marka ni. yang syok nya dia akan  bagi senyuman manja kat   pak long .Pak long pulak  jenis pemalu tak berani nak bagi tau hasrat hati maklum lah budak tahun 80 an .Lepais sekolah pak long tak dengak dah berita  tentang marka tu tapi dengar kata dia pi maktab dan pak long kerja kilang .Namun bila terdengar lagu tu,terus teringat cerita lama . Tau lagu apa yang pak long dengak  terus teringat kat marka lama tu  Lagu dia adalah  Lost in love nyanyian Air Supply  La ni  marka pak long adalah bini pak long pasai tu pak long sayang dia  seorang .Marka dulu tak  main dah .Sekian salam dari pak long

Friday, November 25, 2011

Wang Rakyat........

Pak long baru ni terbaca berkiatan  satu anak syarikat kerajaan yang berbelanja lebih.Depa ni dapat pinjaman  dari kerajaan sebanyak 240 juta .Depa dapat pinjaman tanpa penjamin atau perlu meletak apa apa cagaran  kepada kerajaan dalam maksud lain pinjaman buta aje.Bila dah dapat duit tu depa belanja macam macam .Beli apartment la makan angin lah dan macam macam lagi .Pak long mewakili rakyat biasa rasa terkilan la pasai kalau orang biasa macam pak long kalau nak pi pinjam kena macam macam syarat last last kena pinjam kat ceti atau along tapi depa ni senang senang saja dapat pinjaman .Macam tak kena bayar.Pak long harap kerajaan siasat segera perkara ini jangan biar depa ni terlepas kerana duit tu duit rakyat Sepatut nya depa kena menjawab kepada rakyat.Jangan hingar macam nak meletup bom last last perkara ni senyap aje.Pak long sebagai rakyat akan sentiasa pantau perkara ni dari masa ke semasa. Sekian salam manis dari paklong

Monday, November 14, 2011

Silap tang Mana...........

Baru baru ni terjadi satu kemalangan yang dahsyat kat berincang perak.Yang pak long tahu sekolah yang buat rombongan tu sekolah anak ketiga pak long Sekolah Menengah Air Merah.Pada mulanya anak pak long minta nak pi sama dengan kawan kawan depa  tapi pak long tak bagi pasai rasa  tak sedap hati.Pak long kata kat anak pak long tak payah pi lah  pasai pak long pun tak dak duit.Sebelah ptg jiran pak long bagitau ada kemalangan dan ada yang meninggal dunia.Pak long rasa sedih  perkara ni terjadi.kata nya pasai  tayar bas pancit dan sebab tu terbabas di tengah jalan.Pak long rasa syarikat bas tu patut periksa betul betul keadaan tayar bas sebelum bertolak lagi satu bertolak lah pada  waktu siang ni pi sebelah malam buat apa Manusia ni mana boleh tahan kalau bawa lama lama mesti mengantuk punya.Pak long pihak berwajib siasat betul betul silap tang mana perkara ni boleh terjadi agar perkara ni tak berulang lagi  .Salam dari paklong

Friday, November 4, 2011

Apa itu Rezeki

Pak long sebenar nya habak sikit pasai rezeki..Apa itu rezeki .Kalau tak salah pak long dari sumber pembacaan pak long rezeki bukan saja  dari aspek harta benda atau berkiatan dengan cari makan  saja  tetapi ia termasuk lah nyawa dan kesihatan Kenapa pak long kata macam tu .Ya laa tak guna kita banyak duit kalau kita dah mati .Tak guna kita banyak duit kalau kita tak boleh makan sedap sedap Tak guna kita ada rumah besar kalau kita tak boleh tiduk lena tiap malam Oleh tu kita  kena bersyukur kerana di beri rezeki kerana kalau kita bersyukur insyallah tuhan akan tambah rezeki kita tapi kalau kita kufur azab nya amat berat sekali. Pak long hanya sekadar mengingatkan saja .Salam sayang  dari pak long

Thursday, November 3, 2011

Poo.......Da.......

Pak long terkejut tenguk berita tadi ada satu pertubuhan NGO nak buat bantahan berkiatan  seks bebas supaya  boleh di amalkan di negara kita..Pak long rasa depa ni  dah mereng dah kerana nak bawa ajaran songsang kat  negara kita Depa ni cuba nak menentang perlembagaan negara kita.Untuk makluman seks bebas ni mana boleh di amalkan kat negara kira .Kalau nak demontrasi pun cari lah perkara yang melibatkan  kepentingan rakyat,ni tah perkara yang tak masuk akal .Pak long harap pihak berwajib ambil tindakan segera kat penganjur ni jangan dah jadi teruk baru nak ambil tindakan.Kepada mereka yang nak mengamalkan seks bebas ni paklong nak kata poo.........da...Sekian salam dari pak long

Wednesday, November 2, 2011

Anak ke 7 Billon

Baru baru ni  UNESO telah mengumumkan bahawa penduduk dunia telah meningkat ke 7 billon .Satu angka yang banyak.Pakar pakar kesihatan dan ekonomi bertengkar pendapat tentang jumlah manusia ni .Apa kah kemudahan kesihatan akan cukup, masalah penyakit berjangkit , masalah keluaran makanan, masalah pekerjaan dan alam sekitar .Adakah bumi ni mampu untuk menanggung semua ini.Pada pendapat pak long kita tak perlu risau kerana ALLAH telah berjanji setiap satu nyawa  yang hidup di bumi ni akan di beri rezeki jadi mengapa kita perlu gusar.Untuk makluman ini semua pemainan barat hanya untuk menakut nakut penduduk dunia terutama dari negara islam.tapi tenguk negara mereka penduduk mereka aje hampir 200 juta Jadi kenapa jadi begini .Mereka berusaha nak mengurang kan umat Islam di seluruh dunia .Jika tidak siapa  yang cipta alat perancang keluarga ,condom dan sebagainya siapa lagi  kalau bukan negara barat.Oleh tu jangan terpengaruh sangat  cakap mereka.Untuk makluman anak yang ke 7 billon adalah dari Rusia tahniah ...........kita jumpa lagi pada lain masa

Tuesday, November 1, 2011

Panggong Kapitol Lama

Pak long baru baru ni lalu kat jalan Tunku Ibrahim dan nampak panggong kapitol lama .Bangunan tu dah usang terbiar penuh dengan sampah dan semak samun .Kesian pak long tenguk pasai dulu tahun 70 an panggung tu lah tempat orang kulim tenguk wayang ,Tempat tu lah uda dan dara berjumpa .Tempat tu lah orang kulim berebut tiket wayang.Masa tu harga tiket wayang di antara empat kupang hingga enam kupang lima duit. Kalau duduk  tingkat atas harga tiket lapan kupang.Paklong dulu tenguk wayang tiket harga empat kupang saja.Masa tu  dok sekolah lagi .Banyak cerita yang paklong tenguk seperti cerita Bobby ,Yaadon ki Barat ,Chale Mare Syhaty ,dan banyak lagi.Tapi sejak rancangan tv dah banyak dan dah  ada tayangan astro dan video maka panggung wayang tu dah  tak laku lagi.Zaman la ni ada cineplex  harga tiket mahal tapi selesa ada air con dan bersih   kalau dulu gerenti kena pejat punya.Pak long  harap tempat tu akan dibangunkan kerana sayang sekali lokasi dia elok kalau tak pun buat lah  restoran nasi kandar .boleh pak long mai makan Sekian......... salam dari paklong

Laporan Audit dah Keluar

Pak long bukan nya pakar akaun atau ekonomi tetapi sebagai orang biasa pak long rasa terpanggil nak habak sikit pasai laporan audit.Biasa lah agensi kerajaan  kementerian dan jabatan pun ramai jadi mesti berlaku masalah pembaziran dan salah guna kuasa.Cuma paklong harap selepas laporan ni keluar tolong ambil tindakan segera jangan laporan tinggal laporan tak bagi kesan apa apa .Depa ketua ketua jabatan ni  kena ingat duit tu duit rakyat jadi setiap sen yang depa gunakan akan dipersoalkan di akhirat nanti  .Sebagai rakyat biasa kerajaan selalu berpesan supaya berbelanja secara berhemat tapi ia berlaku sebaliknya di jabatan kerajaan .Harap lepaih ni tak jadi perkara macam ni lagi.takut nanti rakyat mengamuk pulak.Salam dari pak long din ...........

Monday, October 31, 2011

Menu Satu Malaysia

Pak long syok pasai la ni ada kedai jual makanan murah.Kalau tak silap ia di beri nama menu satu Malaysia.Kalau makan pagi harga nya tak lebih dari 2 ringgit dan makan tengahari harga nya tak lebih dari 4 ringgit.Menu pagi roti canai atau nasi lemak dan minuman  teh atau kopi .Kalau makan tengahari nasi kosong lauk ikan atau ayam goreng sayur dan minuman teh. Ok la dengan harga 4 ringgit .Ni cuba pi makan kedai mamak gerenti 6 ke 7 ringgit tu tak pi makan restoran tomyam nasi goreng dah 3 ringgit setengah tak campor dengan air Pak long harap perkara ni diteruskan Jgn jadi gimek saja Last last depa balik harga lama .Macam program kedai harga patut last last jadi harga tak patut.Kementerian yang berkenaan tolong pantau supaya perkara ni berterusan .Kesian orang yang berpendapatan rendah macam paklong ni .Sekian saja hingga jumpa lagi............bye

Sunday, October 30, 2011

Bangkok dah Tengelam

Pak long tenguk berita baru baru ni yang kota  Bangkok dah tengelam .Air banjir dah naik disebabkan sungai choy  praya dah naik .Banyak jiwa dah di ragut oleh banjir ni .Yang pak long pelik ada rakyat nya lari ke luar negara pasai banjir ada di negara mereka.Mereka ni betul betul tak setia kat negara depa.Sepatutnya depa tunggu dan bantu negara depa bukan cabut lari.Paklong harap rakyat Malaysia khas nya orang Kulim tak jadi macam tu.Baru baru ni jabatan kaji cuaca ada habak yang hujan akan turun secara luar biasa lebih 40 peratus dari biasa  .Paklong harap tak jadi banjir kat Kulim ni.tapi kalau nak jadi nak buat macamna kita sebagai manusia hanya boleh berusaha dan berdoa  hanya tuhan yang menentukan .Namun paklong harap kita semua akan tabah walaupun ribut dan badai yang melanda.Akhir kata salam dari paklong dan sentiasa berhati hati di musim hujan ni..........Salam

Friday, October 28, 2011

Pokok Besar di hujung Kampong

Dulu masa budak budak di kampong pak long ada satu pokok besar letaknya di hujung kampong.Pak long kalau nak pi pekan kilang lama mesti kena lalu kat pokok besar tu.Pokok besar tu jenis pokok getah lama tapi saiz besar pokok balak.Orang tua kat kampong pak long kata pokok tu selalu dok mengusik orang Depa kata tempat orang gantung diri ada yang kata tempat pontianak dan macam macam lagi jenis hantu,Paklong paling tak suka kalau mak paklong suruh pi kedai waktu malam.Jarak diantara rumah paklong ke pekan kilang lama lebih kurang 500 meter.Masa turun gone [bukit]tu tak pa lah pasai turun gone deras tapi masa nak naik bukit masa nak sampai area pokok tu macam macam perasaan dok mai.Kadang kadang rasa macam  ada orang dok tumpang belakang basikat paklong Masa tu pak long tak kira apa dah baca apa yang ingat habis tak dak pun pak long baca bismillah banyak banyak.Pernah sekali tu bulan posa pak long dan kawan kawan pergi masjid  nak pi makan  more .Tak sedar ada geng kampong tunku putra pakat nak gempak kami.Sampai kat pokok besar tu depa keluar gempak kami tutup muka dengan  kain pelekat saja .Kami masa tu takut lari tak cukup tanah ada yang tak boleh lari teriak kat tu juga takut punya pasai.......Pak long ingat perasaan takut tu  yang ditanam oleh orang tua  tua dulu bagi kesan mendalam pada buduk budak zaman tu .La ni pokok besar tu tu dah tak dak dah depa dah tebang pokok tu masa nak perbesar jalan.Tu la cerita pak long ...........salam dari paklong din.

LARIAN MPKK

Paklong nak cerita sikit pasai LARIAN MPKK.Larian mpkk ni akan diadakan pada 13 hb november ni jam 8 pagi kat taman tasek. Tujuan larian ni diadakan adalah untuk sambutan  ulang tahun ke 10 kenaikan taraf Majlis Perbandaran Kulim,Adalah di anggarkan seramai 200 peserta di jangka hadir pada hari tersebut .Pak long harap sangat sangat sesiapa yang ada kelapangan boleh lah mai kat taman tasek tersebut .200 peserta yang pertama yang mendaftar akan dapat topi atau baju t shirt.Yuran penyertaan adalah RM 5 ringgit sahaja.minuman dan roti akan di bagi secara percuma .Jadi apa yang di tunggu lagi ayuh daftar nama kepada puan UMI  di unit landskape  MPKK untuk keterangan lanjut .Sekian salam sayang dari pak long................bye bye

Wednesday, October 26, 2011

POS MENARIK BANDAR KULIM







Usia Emas

Baru baru ni staf paklong masuk hospital pasai sakit jantung.Usia dia baru 52 tahun ada enam tahun lagi nak pencen.Paklong pun rasa susah hati jugak pasai usia paklong dah tak lama nak pi usia emas.Bila usia dah masuk kepala lima puluhan ni  dah tak macam masa muda dulu.Dah banyak benda yang tak boleh buat dan tak boleh makan .pak long la ni macam supermarket bergerak ,ya la gula lebih ,garam lebih dan lemak lebih .Jadi nak kena kontrol makan.tak boleh makan macam dulu.Kalau dulu selang sari pak long pekena nasi kandar Haja dan nasi kandar Seni Mohd.la ni tak boleh dah.nak kena jaga makan .Dulu mesti kena teh tarik kau kau punya la ni dah  kena kurang sikit.Mak long hang selalu belatiaq kat pak long pasai tak jaga makan . Ya laa sayang laki .Tak tau lah tapi malam ni pak long tak mahu makan nasi.Tu pun kalau pak long dapat tahan perut .Sekian...................Salam dari pak long din

Tuesday, October 25, 2011

Musim Hujan

La ni paklong tenguk hari hari hujan .Mai sebelah petang aje boleh kata mesti hujan punya.Pak long bukan nya tak suka hujan .Pak long paling suka hujan sebab hari tu gerenti sejuk.kalau boleh hari hari hujan pun tak pa.Dulu masa paklong kecik kecik kalau hujan pak long syok sebab boleh mandi hujan.Tak gaduh sakit demam pun .Kalau hujan mesti paklong keluar rumah pi mandi hujan  .Tapi la ni depa kata hujan la ni tak berapa baguih pasai depa kata ada asid .Pak long tak tahu lah pasai tu.tapi mungkin betul juga pasai la ni banyak kilang.Pak long tenguk musim hujan ni menyebabkan berlakunya banjir kilat kat Kulim terutama kat sg ular dan kat rumah murah Kulim .Kawasan tu terletak tepi sungai .Dulu jarang pak long dengak banjir kat Kulim  tapi la ni kerap berlaku.Mungkin orang dah ramai dan kawasan dah banyak di buat rumah.Sebab tu banyak air tak sempat nak pi ke sungai .Apa pun pak long harap berhati hati la musim hujan ni kerana bahaya dok  menanti.Kalau kita  tak jaga .Akhir kata salam dari paklong din....

Maafkan Paklong

Paklong nak minta maap banyak banyak pasai hari tu pak long ada  habak sukan rakyat nak buat pada hari sabtu ni.tapi depa tak jadi buat pasai depa ubah pada 27 hb bulan depan sebab depa nak buat sekali dengan karnival usahawan sempena sambutan ulang tahun ke 10 Majlis Perbandaran Kulim.Depa nak buat kat taman tasek Kulim.Sehubungan dengan itu paklong nak mengajak sesiapa yang ada masa mai lah ke taman tasek bulan depan. Mari lah kita sambut bersama sama ulang tahun Majlis Perbandaran Kulim.dan paklong harap kita semua berbangga menjadi warga Kulim dan beri lah sedikit sumbangan tak kira lah dari segi kewangan dan tenaga untuk memajukan Kulim.Sekian salam dari paklong din

Friday, October 21, 2011

Jatuh nya Seorang Pemimpin

Semasa pak long menulis blog ini pemimpin Libya Muhammad Ghadafi telah mati ditembak kat kepala.Pada  pandangan paklong Muhamamad Ghadafi adalah salah seorang pemimpin arab yang lantang menentang pihak barat.Semasa zaman kegemilangan nya negara barat takut kat dia.Banyak negara arab akur dengan cakapnya.Beliau pemimpin yang menyukarkan Isreal dan dunia barat.Tapi beliau mempunyai kelemahan iaitu  beliau suka pada wanita cantik.Kebanyakan body guard nya adalah dari wanita.Beliau suka barang barang daripada emas dan mempunyai harta berbillon di luar negara.Kenapa pemimpin seperti beliau boleh mati di tangan rakyat.Sebabnya dia tak nak dengar masalah rakyat .Rakyat dah tak tahan dah dengan kemewahan kaum keluarga nya tapi rakyat hidup melarat.Akhir nya rakyat memberontak.Pak long harap perkara seperti ni tak terjadi kat negara kita  yang tercinta  Ini kerana bila negara kita jatuh  senang lah  nanti kuasa luar menguasai kita.Kepada semua para pemimpin paklong  harap selalulah mendengar masalah rakyat Jangan jadi macam Muhamad Ghadafi................Akhir kata salam dari paklong din di teratak sepi seri cengal

Rumah ku

Baru baru ni kerajaan telah melancarkan rumah pertama ku kepada golongan yang baru berkerja.Pak long dapat tahu pinjaman perumahan boleh sampai 400 ratus ribu.Pak long rasa ia satu  rancangan yang baik kerana memberi peluang pada mereka yang belum memiliki rumah .Cuma kerajaan perlu tenguk kaedah pelaksanaan nya kerana takut ada pihak tertentu ambil kesempatan .Maklum lah dia bagi harga siling sampai 400 ratus ribu takut nanti depa tak mahu buat rumah yang murah . Alasan nya depa  kata harga tanah mahal last last harga rumah naik melambong pasai guna kaedah harga siling .Pak long harap kerajaan pastikan rumah yang dijual tak mahal macam  kat restoran satu Malaysia .harga bagi patut saja..Tak guna kalau gaji tinggi kalau harga barang tinggi.Kerajaan perlu tenguk golongan berpendapatan rendah kerana depa ni majority rakyat negara ni. Paklong harap kerajaan mengerti..... Akhir kata salam sayang  dari paklong .

Thursday, October 20, 2011

Kumpulan Bread

http://www.youtube.com/watch?v=1pfTfMoR8sg




Bread Everything I own

Kumpulan Bread adalah satu band yang pak long minati .pak long harap anda semua terhibur...

Wednesday, October 19, 2011

Pi Kursus

Pak long baru baru ni pi Kuala Terengganu.Kena pi kursus makanan anjuran KPKT.Pi sana naik kereta gomen Bertolak dari kulim jam 9 pagi dan sampai jam 5 ptg.Jenuh juga melilau cari tempat kursus .Terletak jauh dari pusat bandar kat jalan Batu Rakit .Paklong dah lama tak pi kursus .Tapi di sebabkan semangat tu pak long pi jugak lah.Pak long tenguk la ni bandar Kuala Terengganu dah besar Maklum lah dah Bandaraya.Paklong harap satu hari Kulim pun boleh maju dan besar macam Kuala Terengganu .Paklong tenguk semua ciri Bandaraya dah ada kat Kulim .Bila satu hari Kulim High Tech dah jadi perbandaran tentu bandar Kulim lagi besar dari Alor Setar.Yang penting perlu ada keazaman untuk menjadi maju .Sebagai orang yang terlibat dalam perancangan bandar Kulim pak long rasa tanggung jawab paklong memang berat.Pada pak long Kulim is the place to play  learn and work.Harap kita semua bersama memajukanKulim .Sekian dari paklong

Saturday, October 8, 2011

Bajet Rakyat

Baru baru ni pm kita Dato Najib telah mengumumkan bajet 2012.Pak long tenguk banyak yang dapat habuan terutama pegawai kerajaan yang macam pak long ni.Pak long sokong penuh lah kerajaan kaji semula kenaikan gaji sejak tahun 91 tak naik naik tapi harga barang  yang melambong naik.Sekurang kurangnya   kalau ada duit lebih ni boleh lah simpan sikit habuan untuk bersara nanti.Pak long juga setuju kerajaan nak tambah lebih banyak kedai 1 Malaysia kerana harga barang melambong tinggi .Kalau boleh harga ikan dan ayam pun buat macam tu jugak Jika tidak pakat dok naik harga Bukan apa tak guna kalau gaji naik kalau barang pun melambong naik.Pihak yang berkenaan tolong pantau harga barang terutama kat kulim ni harga macam kat KL .Paklong nak pesan terutama kat diri paklong ni kalau ada rezeki lebih jangan lupa bayar zakat dan sedekah baru lah rezeki bertambah berkat .Akhir kata salam rindu dari paklong

Tuesday, September 27, 2011

Sukan Rakyat

Paklong baru baru ni di bagi tanggung jawab untuk menguruskan sukan rakyat.Sukan rakyat yang pak long nak buat ni sukan kampong seperti main jengkek,main ulong, main lari dalam guni, sepak raga bulat ,main batu sambut dan macam macam lagi.Paklong bertindak  sebagai setiausaha bersama dengan pejabat Belia dan Sukan .Tujuan utama pak long buat sukan ini nak bagi tau kat golongan muda  tentang permainan orang dulu dulu.Walaupun tak glamour tapi permainan dulu boleh buat ramai kawan dan tak keluar duit.Kebetulan pulak nak sambut ulang tahun ke 10 Majlis Perbandaran Kulim.Pak long harap  ramai yang datang pada hari tersebut. Kepada sesiapa yang berminat boleh lah datang pada 29 oktober ni jam 8 pagi kat Mini Stadium.Harap tuan puan mai na................Akhir kata salam dari pak long di teratak sepi cengal.

Thursday, September 22, 2011

Kedai Harga Patut

Baru baru ini kerajaan telah melancarkan kedai satu malaysia.Pak  long sokong dasar kerajaan tersebut kerana ia dapat memberi nikmat kepada penduduk berpandapatan yang tak seberapa seperti pak long ni.Kedai satu Malaysia ni belum ada lagi kat Kulim.Klinik satu Malaysia ada lah kat taman Kenari tu .Pak long sokong sungguh kerana dia secara tak langsung mengurangkan kos sara hidup.Kalau setakat deman biasa kena tiga empat puluh ringgit baik pi klinik satu Malaysia baru kena seringgit.Paklong harap sangat sangat kedai satu malaysia cepat ada kat kulim ni.Pasai kos sara hidup dah tinggi.kat kulim .Duit tu boleh guna benda lain yang lebih faedah.Harap kerajaan dengar lah  pandangan dari golongan seperti paklong ni Aakhir kata hidup ini adalah satu perjalanan ke perhentian terakhir .Salam ...............dari paklong

Wednesday, September 21, 2011

apa bezanya

Pak long suka mengkaji.paklong suka mengkaji watak seorang.Apa beza seorang yang berjaya dengan seorang yang tidak berjaya.Apa bezanya seorang yang boleh menjadi jutawan dengan orang biasa biasa saja.apa bezanya.Apa yang membezakan pencipta dengan pengguna .Apa bezanya pakar matematik dengan seorang yang selalu gagal .Apa bezanya bangsa melayu dengan bangsa lain.Mesti ada rahsia.Paklong tenguk Steve Job pencipta Apples bernilai billon ringgit .Bukan tak ada talipon lain yang bersaing dengan Apples tapi kenapa Apples jadi pilihan .Bagaimana Bill Gates mencipta Window .Tak kan tak dak di dunia ni boleh mencipta lebih baik dari Window.Apa beza nya mereka ini dengan orang lain   Pada pendapat pak long yang tak berapa cerdik ni .bezanya daya kreatif .Itu aset mereka .Mereka original tak meniru orang lain .Mereka adalah mereka .Sebab itu bakat mereka di nilai dan dibayar tinggi.Oleh itu mulai hari ini jadi lah original jangan jadi peniru kerana ia tak kemana.  Salam dari paklong

Monday, September 19, 2011

Cerita Pekerja kebersihan

Pak long nak cerita kisah harian perkerja kebersihan .Mesti orang nak tahu macammana pak long tahu pasai pekerja kebersihan terutama bahagian kutipan sampah.Sebenarnya paklong pernah dipertanggungjawab kan menjaga kebersihan bandar Kulim .Sebagai seorang penyelia pak long ada pengalaman bagaimana kehidupan seharian si pengutip sampah.Jangan salah anggap bukannya pak long nak merendahkan kerja ini tapi pak long nak bagi pengalaman pada sesiapa yang tak tahu bagaimana kehidupan seharian .Jam 6 .30 pagi pekerja berkenaan akan ke setor lori sampah.Sampai ke setor jam 7 pagi.Bila sampai kat setor mandur atau ketua pekerja akan buat roll call.Roll call adalah kaedah di mana nama perkerja akan dipanggil samada dia kerja atau tidak.Setelah nama dia catitkan tugasan akan di maklumkan oleh penyelia di mana kawasan mana  yang perlu di lakukan Biasa kutipan sampah dari rumah ke rumah dijalankan sekurang kurang nya seribu rumah sehari.Setelah lori penuh mereka terpaksa membuang sampah kat tapak sampah di jalan batu putih.Selepas tu sambong pula hingga selesai tugasan kerja kena dihabiskan tak boleh simpan sebab esok kena pi tempat lain pulak .Yang susah nya penduduk tak mahu paham main keluar sampah sesuka hati .Bukan pada waktu yang di tetapkan Bila dah terlepas waktu kata perkerja berkenaan tak kutip sampah.Naya kena marah dengan penyelia.Kadang kala perkerja ni kutip sampah recycle nak pi jual kat keling botol.Depa kata lepaih la duit minum pagi.Paklong tabik kat puak puak ni pasai depa cari rezeki cara halal.Walaupun dunia pandang rendah kat depa tapi kerja depa mulia.tu la cerita serba ringkas pasai pekerja kebersihan Tanpa mereka tak akan wujud kebersihan dan kesihatan sekitar kita Maka hargailah mereka

Sunday, September 18, 2011

Pelajaran dari Greece dan Jepun

Paklong baca berita dari luar negara berkiatan dengan ekonomi .Paklong bukan pakar ekonomi cuma masa muda muda dulu belajak la sikit pasai ekonomi.Yang pak long nak cerita ni pasai Greece.Kalau dulu negara ini megah dengan tamadun nya.tapi sekarang apa dah jadi.Negara ini mempunyai hutang yang terlalu banyak hingga negara ini ta mampu nak bayar hutang ,kesannya  pengangguran terjadi terlalu tinggi kerana kerajaan tak mampu nak bayar gaji dan banyak perniagaan terpaksa di tutup sebab ekonomi tak dapat bergerak.Berbeza dengan negara Jepun negara tersebut terpaksa mengawal perbelanjaan disebabkan berlakunya bencana alam Duit dari luar negara terpaksa di kutip untuk membangunkan  semula negara mereka.Jika kita melihat kedua dua negara terdapat perbezaan yang nyata .Satu kuat berhutang yang satu lagi kuat menyimpan. Mungkin budaya orang Jepun yang kuat menyimpan menyebabkan bila berlaku sesuatu bencana mereka tak perlu meminjam dana dari luar. Paklong harap kerajaan Malaysia tak buat banyak hutang kerana takut kesannya jadi macam negara Greece.Jgn jadi macam pepatah melayu biar papa asal berjaya tapi jadi  lah seperti simpan sikit sikit lama lama jadi bukit.Paklong harap ambik iktibar dari kedua dua  cerita ini.Salam dari paklong din........

Wednesday, September 14, 2011

The Badlishah

Tadi pak long saja saja tenguk internet .tertekan blog the Badlishah.Pak long tenguk senior senior pak long dalam blog.Kebanyakan nya dah pencen kalau kerja dengan kerajaan .Yang paklong seronok tu tenguk pesyen dulu terutama tahun 70 an.Glamour habis.masa tu budak budak laki  pakai seluar baggy .Yang perempuan pakai skirt singkat .tak pa la masa tu. yang best nya Badlishah masa tu memang terer sukan setakat SMK dengan SMKK boleh makan punya la.Walaupun pak long dah berusia 47 tahun tapi sampai la ni masih paklong ingat lagu sekolah paklong.tu tanda nya dalam nya sekolah ni kat dalam diri pak long. Pak long teringin nak pi reunion nak jumpa kawan kawan lama tapi tak pernah dan sebab depa selalu buat reunion masa raya.Bagi yang balik kampong kat kulim ok la tapi macam pak long yang duduk kat Kulim masa ni la nak balik kampong Tu yang tak pernah dan  .insyallah kalau dan paklong nak pi juga.Paklong harap mana mana kawan paklong yang baca blog ni boleh la kontak paklong dapat lah tahu perkembangan kawan kawan lama, akhir kata hidup.................Badlishah Boys

Friday, September 2, 2011

Sambutan Hari Raya

Tahun ini paklong beraya kat rumah saja .tak balik kampong .Pasai nya la ni pak long dah jadi orang tua .Semua adik beradik balik rumah pak long jadi pak long tak balik kampong .Lagi pun nak balik kampong bukan ada sapa dah .Cuma tinggal abang paklong .tu pun dia pun tak larat dah.paklong balik pada hari kedua aje.pi ziarah kubur lepas tu balik kampong sat.Tapi paklong tenguk raya la ni tak meriah macam dulu.ziarah menziarah di antara satu sama lain dah kurang Banyak orang la ni buat rumah terbuka saja itu pun satu hari saja .Lepas tu depa tutup rumah.bukan raya ni untuk sebulan .Bagi paklong kalau nak mai rumah mai la kalau tak dak apa pak long jamu air saja .nak buat macamana  kuih raya dah habis tapi tak pa yang penting ingatan dan sudi datang kerumah bukan kuih raya jadi masalah{tapi kalau ada kuih raya baguih lah}.Budak budak la ni tak macam budak dulu lepaih sembahyang raya depa dok kat rumah saja tenguk tv.Tak pi mana mana . Kalau dulu masa zaman paklong pi kutip keliling kampong kutip duit raya Lagi tak cukup sepuluh ringgit tak balik rumah.Lepaih tu pi pekan kulim pi tenguk wayang lepas tu makan nasi kandar.zaman dah berubah.sempena hari baik bulan baik ni pak long nak mohon ampun maaf jika sekira ada terguris rasa dan hati ketika membaca blog pak long ni............Salam dari pak long

Monday, August 29, 2011

Bulan Ramadan

Tahun ni pak long sambut ramadan secara sederhana aje .,Maklumlah dah berumur ni .Kalau masa budak budak dulu pak long lah yang paling seronok nak sambut ramadan.Bukan pasai apa sebab masa tu boleh makan sedap Masa duduk kat rumah murah dulu tahun 70 an mak pak long selalu akan bertukar kuih dengan jiran sebelah bayangkan  kalau ada 20 rumah  betapa banyak nya atas meja tu .Yang pak long suka.masa tu juga boleh makan sedap sedap terutama makan ayam sebab masa tu kalau pak long nak makan ayam hanya tunggu bulan posa atau raya saja.tu pun  dapat ayam pencen.Tahun ni maklong sibuk berniaga di pasar ramadan Taman Selasih dia jual bihun goreng dan kuih mueh.Boleh kata laku lah jugak  hari hari.Paklong tak reti niaga cuma bantu maklong niaga saja .lepas tu tolong mak long simpan barang .Niaga ni seronok boleh tambah pendapatan sikit maklumlah nak sambut raya .Anak paklong pulak  ramai jadi nak harap gaji paklong ni mana cukup .Jadi kena cari pendapatan sampingan Esok kita akan sambut hari raya malam nanti pak long nak pi ambil bonda pak long kat rumah adik pak long dia beraya dengan paklong setiap tahun.Harap semua nya berjalan dengan lancar..Jumpa lagi di lain lembaran ................salam dari paklong din

Friday, July 15, 2011

Abah ku

Abah pak long orang nya tidak tinggi. Tingginya lebih kurang 5 kaki saja.Kulit nya hitam manis dan mukanya ada wajah peranakan jawa.Abah pak long hidupnya susah.Semasa pemerintahan jepun dia hanya dapat sekolah sampai darjah 6 sahaja. lepaih tu dia terpaksa kerja kat kedai runcit dan kedai makan sampai umur dia 22 tahun,lepaih tu dia dia dapat kerja di pejabat tanah kulim sebagai buruh sukat tanah .Sebagai orang yang susah beliau selalu rasa rendah diri.Walaupun begitu beliau tak pernah minta tolong kat orang Susah susah dia pun dia akan usaha dengan tangan nya sendiri .Walaupun gaji nya rendah beliau akan berkerja sebelah petang cari batu perengan Kalau orang tak panggil sukat beliau  akan  tolong mat mee  bungkus mee atau bihun .Abah dan ibu iuga akan letak kuih kat kedai kopi Borneo[depan pejabat mdkt lama ]  .Kehidupan kami masa tu agak susah tapi berkat usaha abah kami bahagia..Pak long ingat pesan beliau jangan pikir masa yang  lepas jangan pikir masa depan yang belum tentu tapi ambil perhatian perkara di depan  kerana itu yang menentukan nasib hidup hang.Pada abah pak long yang kini aruah pak  long terhutang budi kepada nya kerana ia membentuk sifat diri pak long .Moga beliau di letak kan  bersama orang orang  yang beriman .Terima kasih abah..............

Wednesday, July 13, 2011

Dengarkan lah.......

Baru baru ini perhimpunan  bersih telah diadakan di Kuala Lumpur.Seingat pak long pada 5 hb yang lalu.Ada orang kata perhimpunan  tersebut   seramai lima ribu orang , ada yang kata seratus ribu ada yang kata tiga ratus ribu Pak long tak tahu ramai mana tapi agak pak long lebih kurang seratus ribu adalah .Itu pun polis dah menyekat laluan ke Kuala Lumpur Kalau tidak tentu ramai yang datang .Yang pak long habak dulu  la  ni rakyat dah pandai Depa tak tenguk berita pedana la ni  depa tenguk melalui internet ,face book dan twitter Jadi saluran maklumat la ni kan banyak oleh itu kerajaan tak boleh nak bohong kat rakyat.Kerajaan kena kaji pasai apa rakyat marah kat kerajaan .Tenguk dan kaji sebagai contoh bil elektrik pak long bulan ni meningkat ke seratua peratus .Dulu sebulan dalam seratus lebih sahaja  la ni dah naik tiga ratus lebih Tu tak masuk dengan talipon dan air.macam pak long kata dulu kalau kemudahan asas di swastakan ni  la bahananya.Yang sakit  hati pemimpin kita  pi jalan merata dunia belanja sakan .Rakyat kat Malaysia ni hidup susah .Kalau tak percaya pi tenguk daerah  Baling dengan Sik ada lagi rumah orang melayu berdindingkan lantai dan buluh .Apa guna status negara maju kalau rakyat banyak sengsara.Pak long tabik spring kat Pak Samad .Beliau sasterawan berjiwa rakyat berani kepada yang benar.tabik..........................Pak Samad

Friday, July 8, 2011

Kumpulan Bread

Zaman dulu pak long sangat suka dengan kumpulan Bread.Lagu dia memang mengancam habis.Paklong juga boleh dikatakan golongan sentimental .Bila dengan lagu Bread rasa macam duduk kat awangan .Untuk makluman kumpulan bread ni tak rakam banyak album seingat pak long 2 atau 3  album sahaja .Tapi walaupun depa tak rakam banyak album lagu lagu depa memang mengancam .Band atau kumpulan yang seangkatan dengan depa adalah kumpulan Eagles Lagu .i want to make it with u ,if dan banyak lagi sentiasa menjadi siulan anak muda zaman tu.Baru baru ini pak long pi Kuala Lumpur  pi nak cari CD Bread.Sayang sekali peniaga kat situ tak pernah dengar kumpulan tersebut .dia tanya pak long itu kumpulan baru ke .Pak long hanya tersenyum. Nampak nya perbezaan zaman memisah kan depa dengan pak long .Paklong rasa macam tua sangat pasai depa tak tahu pasai kumpulan ini.tapi tak apa lah  depa  la ni zaman generasi Y .Bila senang senang nanti paklong nak dengak lagu bread anda bila lagi...........

Thursday, July 7, 2011

Apa dah Jadi ...........

Apa dah jadi kat negara kita .Paklong bukan orang politik atau pun main politik.Tapi pak long orang Islam dan berbangsa melayu.Pak long dok perati masalah kaum melayu kita kian bertambah teruk.Terbaru perhimpunan bersih yang menjadi isu besar kat negara kita.Bagi paklong kalau depa nak belarak ke, apa ke,biar pi lah dok kacau buat apa.yang pelik tu pakai baju pun tak boleh.Kita kan mengamal demokrasi kalau depa kacau bagi rosak harta rakyat atau apa ke baru lah kita tangkap depa .Ni baru nak buat masing masing dok heboh macam lah besar sangat .Kalau depa  kacau pi tangkap. Percaya lah suara rakyat tak boleh di nafikan dengak lah wahai kerajaan kerana rakyat yang menentukan masa depan negara .Bukan pemimpin  Kalau kita tidak boros tiada rasuah tiada pilih kasih dalam pemerintahan insyallah rakyat kan menyokong kita tapi sebalik nya kita akan menerima padahnya .Syaidina omar berkata jika beliau tidak melakukan keadilan dalam urusan pentadbiran  maka pedang lah akan membetulkan ketidakadilan tersebut tapi kita di Malaysia gunakan saluran undi anda untuk menentukan kerajaan Sekian salam dari paklong dari teratak sepi sri cengal

Saturday, July 2, 2011

Geng Kilang Sagu

Pak long dulu ada geng Geng pak long dipanggil geng kilang sagu .Jumlah tak ramai lebih kurang 5 ke 6 orang sahaja.Geng ni bukan gengster seperti dalam cerita KL gengster.Tapi geng ni geng cari makan .Masa tahun tujuh puluhan dan awal lapan puluhan geng ni kerja dia  mencari botol botol kosong dibelakang kedai untuk di jual kat keling botol. Kami cari duit cara halal.kalau tak dak  botol kami ambil upah cuci pinggan kat gerai.Selalunya kami cuci pinggan kat gerai  man satay .Dia berniaga depan panggung kopitol.Boleh lah dapat  duit seringgit dua.Kalau tak dak kerja kami pi ronda pekan kulim.Pekan kulim masa tu kecik saja .Steysen bas masa tu  kat medan citarasa.kami kena cendol atau teh ais kat  kedai pak mat yatim. Geng  kami pada masa tu terdiri dari Wan,Malik, Atan, Mat Sharp, Juanda Piru..Lan  dan Rose .Walau pun kami jenis tak kacau orang cuma cari makan tapi kalau orang kacau kami kami bantai.Masa tu kami selalu tak berlaga angin dengan geng jabal anak taukey Restoran Malaysia .Selalunya kami akan bertumbuk kat padang umum.Bila teringat masa dulu pak long terrsenyum sendiri teringat zaman buduk buduk .La ni kawan kawan paklong tu dah jadi orang baikAda  yang kerja sebagai ahli perniagaan. Ada jadi pengerusi JKKK .Ada  jadi bouncer pusat snooker dan ada jadi penarik kereta .Tak pa la asal kan  depa bahagia .Sekian dari paklong kat teratak sepi cengal

Kerja Sambilan





 Baru baru ini anak pak long bertanya kat Pak long yg dia nak kerja sambilan pasal nak tambah duit sekolah. Pak long bukan x galakkan dia buat kerja sambilan tapi bagilah dia habis dulu mangaji sebab pak long takut pengaruh duit akan menyebabkan dia tidak minat mengaji Dulu masa remaja pun pak long biasa jugak buat kerja macam ni.Masa itu tunggu periksa SPM habis dulu baru buat kerja sambilan.Pak long dapat kerja kat kilang Muda Fiber.Kilang ini menghasilkan guni ,tugas pak long ialah bahagian extruder mencampurkan biji plastik dalam mesin campuran untuk menghasilkan plastik guni .Masa itu supervisor nama dia Heng ,garang nak mampuih .kerja pak long teruk  pasal nak kena angkat guni risen bubuh dalam mesin lepas tu kena pi stor bantu bahagian setor susun risen .Kalau kontena mai kena susun Risen bubuh dalam kontena .Kerja berat lak tapi nak buat macam mana pasal xde sijil depa yg ada sijil boleh jadi supervisor atau teknision . Dalam hati Pak long berkata bila pulak nak dapat jadi supervisor . Pak long teringat masa hujan pak long dan kawan yg bernama Bala sambil makan nasi Pak long kata kat Bala sampai bila kta nak kerja kat sini duk kena marah .Kawan pak long  bala tu kat sabar tu lah mungkin ada sinar nanti.Selepas dapat keputusan SPM pak long dapat mengaji kat KL dan kawan PAK long BALA masuk askar dengar khabar jadi pengawai waran tentera darat bahagian SB (special branch ) pak long rasa dia sudah pencen dah .Kilang yg pak long kerja dulu tu pun dah tutup . Bila memikirkan permintaan anak pak long rasa  patut bagi dia kerja ambil pengalaman tapi .........biarlah selepas SPM ni Tak akan lari kerja di kejar ...ok jumpa lagi dalam kisah hidup pak long panjang .

Tuesday, June 28, 2011

Cerita kawan ku Sharif

Cerita ni pasai kawan pak long dulu .Nama nya Sharif .Kat sekolah kami panggil dia Sharif lobo .Pak long dengan Sharif ni sama sama mengaji kat sekolah Tunku Malik seterusnya kami ke sekolah Badlishah Pak long dan Sharif ni bukan nya dari golongan yang pintar tapi kami ni suka berusaha.Suka duka bersama dgn Sharif memang lah banyak .Kami sama sama masuk kadet polis Sama sama kena rotan dengan cikgu disiplin mister Maha Shah dan P.S Rau.Sama sama kena ber lari keliling padang tak pakai baju pasai tak siap kerja sekolah dengan cikgu Balaram .Sama sama bertembuk dengan budak sekolah lain pasai depa mengurat budak sekolah Badlishah Sama sama masuk talent show kat sekolah nyanyi lagu kau lah milik ku nyanyian dari Black dog bones Sama sama nyanyi lagu qurbani semasa latihan kawad kadet polis Kawan pak long ni dia ni dulu pengawas sekolah kalau nama pak long naik pasai bising dalam kelas cikgu suruh Sharif ni pi jumpa cikgu disiplin .Kawan baik pak long ni tak sampai hati nak bawa pak long jumpa cikgu jadi sampai sekerat jalan dia suruh tunggu sat lepas tu dia bawa balik ke kelas dan kata pada cikgu yang pak long dah dibawa ke guru disiplin.Banyak kenangan pak long dengan kawan pak long ni .Lepas berhenti sekolah kawan pak long ni kerja kilang sebagai supervisor kemudian dia buka bisnis sendiri bas kilang dan kedai runcit .Setelah berhenti dari berkerja kilang dan meniaga dia telah mendalami ilmu agama dan menjadi orang kuat ustaz halim.Sayang sekali tuhan sayang kan kawan pak long ini pada bulan puasa tahun lepas dia telah pergi meninggal kan paklong dan kawan2 lain pada usia yang muda Mungkin tuhan lebih sayangkan dia maka cerita hari ni buat kawan ku aruah Sharif moga tuhan letakkan kamu di kalangan orang yang beriman  amim................

Mulakan Sekarang

Pak long baru saja selesai baca buku orang putih tajuknya Start Where you are tulisan Chris Gardner Untuk makluman penulis ni adalah pengarang cerita the pursuit of happyness dibintang pelakon Will Smirt Mungkin tuan tuan dah menonton cerita ini di mana seorang eksekutif telah dibuang kerja dan terpaksa merempat bersama anaknya tidur di tepi jalan Pak long memang suka cerita dia ni sebab dia mengajar kita akan erti ketabahan hidup.Satu pengajaran yang pak long ingin petik daripada buku ini adalah kita tak boleh menunggu peluang tapi kita perlu mencipta peluang dan gunakan apa yang ada untuk mencapai peluang asal saja peluang itu di cari mengikut lunas lunas Islam.Paklong bukan nya orang bijak pandai tapi bila pak long baca buku ini bagaimana dia mengajar kita erti kawan erti kepayahan hidup dan erti pentingan mencari ilmu.jika tuan2 ada masa dan duit rasanya elok tuan tuan baca buku ini untuk bersantai disamping dapat menambah sedikit ilmu didada.jadi tuan2 apa tunggu lagi ayuh mula kan sekarang untuk transformasi hidup kita sekian dari pak long

Friday, February 18, 2011

Juru......

Pak long pagi tadi pi pekan Juru kat bukit minyak Seberang Perai.Pak long pi sana nak  beli ikan murah kat penambang .Kat sana pak long boleh dapat ikan murah .Kalau pak long belanja dalam empat puluh ringgit pak long boleh dapat ikan cukup untuk makan seminggu .Harga kat sini memang murah .Yang paklong suka pasai ikan dia fresh fresh.Sementara menunggu bot sampai pak long pi lah melilau kat kampong kuala Juru Perkampongan tu ada lebih kurang seratus rumah .Jarak diantara satu rumah dengan lain memang rapat.Yang pak long suka pasai penduduk di sini memang peramah.Mereka mudah mesra dan  depa tak kedekut untuk membantu kita.Sampai kat kampong tersebut pak long pi sembahyang jumaat kat masjid kampong tersebut Selepas tu jalan beberapa tapak pak long jumpa  warung menjual gulai ikan sembilang .Makan pulak dengan nasi panas panas sedap lo......pak  long tambah dua pinggan .Harga dia pun tak lah mahal sangat.Ikan dia pun fresh.Depa kata  pada sebelah malam  pengunjung lagi ramai sebab ada restoran terapung kat laut .Depa jual makanan laut.kalau sapa papa mai sebelah sini jemput lah mai juru  sebab dia memang best dan ,memang rugi kalau tak mai.salam dari pak long

Tuesday, February 15, 2011

Kehidupan yang Kekal

Bila bercakap mengenai kehidupan .Kita tidak terlepas dengan masalah harian samada masalah dirumah di pejabat ataupun masyarakat.kita tidak boleh lari dari masalah.maka sebagai manusia kita perlu menghadapi masalah dengan bijaksana .Ada masalah boleh di hadapi dan selesaikan secara terus dan   ada setengah masalah kita kena hadapi nya sedikit demi sedikit Namun  apa yang penting kita jangan lari dari masalah.Dengan menghadapi masalah kita akan lebih matang dan lebih berpengalaman
Paklong bukan nya apa bila terbaca artikal surat kabar tempoh hari mengenai kes bunuh diri yang kian meningkat setiap tahun.Pada pandangan paklong apa jua masalah yang hadapi semua ini  hanya ujian didunia sahaja .Kita sebagai hamba nya akan diuji oleh ALLAH .Oleh yang demikian jangan kita bersusah hati.kerana ada lagi kehidupan yang kekal selepas kehidupan didunia ini.Maka sebagai orang muslim kesabaran dan keyakinan pada ALLAH adalah perlu untuk menghadapi kehidupan yang sementara ini .Salam dari paklong

Monday, February 14, 2011

Bangunan lama di tengah Pekan

kalau sapa sapa mai pekan Kulim tentu terjumpa dengan bangunan lama ni Bangunan ni terletak betul betul di tengah pekan Kulim. Bangunan tu bangunan  lama MDKT .Dah lama di tinggal kan Seingat pak long dah hampir sepuluh tahun .Kalau manusia pun kalau dah tinggal lama lama tentu dah jadi kerepot.Pak long hairan mengapa tiada pihak mengambil tindakan membaik pulih bangunan tersebut.Bangunan tersebut bangunan sejarah.Kalau tak mahu baik pulih pak long cadang robohkan saja banguanan  tu.Kalau tak dak modal nak buat bangunan baru.pihak MDKT boleh  joint venture dengan pemaju .Boleh buat bangunan menjadi mercu tanda kawasan Kulim.
Pak long bukan nya apa tapi bila tenguk bangunan tersebut nampak sangat pihak berkenaan tidak serius dalam melaksanakan pembangunan  di daerah Kulim.Satu lagi paklong tenguk lokasi bangunan tersebut sesuai untuk di bangunkan .Harap  pihak berkenaan mengambil perhatian berkiatan perkara ni.jangan jadi tempat pembiakan nyamuk dan sarang untuk maksiat . Sekian .........dari paklong

Thursday, February 10, 2011

Kenduri dulu dulu

Baru baru ni pak long pi makan kenduri rumah kawan pak long.Kenduri dia besar juga dia buat kat dewan Bandaran.tapi pak long perati kan suasana nya tak meriah macam kenduri dulu dulu.Paklong teringat masa duduk kat rumah murah dulu walaupan kawasan tu ada lebih kurang tigapuluh bijik rumah.Tapi masa depa buat kenduri cukup meriah.Masa tu pak long dok sekolah rendah kami budak budak awal pagi  lagi kena pi setiap rumah untuk pinjam kerusi meja sebab masa tu depa tak buat sewa kerusi meja
Lepas tu pi kutip pinggang mangkuk pulak pada setiap rumah.Orang orang tua pulak berpakat dirikan khemah dan pada sebelah malam depa akan bersama sama potong daging atau ayam.Suasana pada   hari nak kenduri riuh rendah kerana masing masing tak tidur malam.
Pada hari kenduri kami budak budak jadi mentera Ada budak yang lebih senior sikit dia jadi ketua mentera.Kerja kami senang saja hidang lauk dan akan kulit.(pinggan mangkuk yang habis orang makan)kami  kerja sampai petang Lepas kenduri kerja kami kena hantar balik meja kerusi dan pinggang mangkuk pada rumah yang kami pinjam tadi.Selepas kerja kami siap tuan rumah akan bagi kami bunga telur ,kueh dan tuala good morning  .la ni kalau pi kenduri semua pakai ala buffeet pi tadah pinggang depa boh lauk .Kenduri la ni dah tak syok  tak macam dulu dulu. 

Kalau pak long jadi YDP KULIM ......

Kalaulah pak long jadi YDP Kulim pak long akan laksanakan perkara perkara berikut

1. Pak long akan bina satu dataran di dalam pekan kulim dimana semua penjaja akan di kumpulkan di dataran tersebut
2.Pak long akan menaiktaraf bangunan medan citarasa jadi seperti  komplek pekan Rabu
3.Pak long akan membina tempat letak bertingkat disebelah big ten (pasaraya nola)
4.Pak long akan baik pulih pejabat lama MDKT sebagai balai seni
5.Pak long akan jadikan rumah DO lama sebagai muzium
6.Pak long akan sentiasa turun padang memastikan syarikat E idaman buat kerja depa
7 Pak long akan dirikan pusat sukan ekstrem untuk golongan muda
8.Pak long akan bersama sama kerajaan negeri melobi pelabur  melabur di Kulim
9.Pak long akan bersama sama exco pendidikan melobi supaya lebih banyak IPT dibuka di Kulim
10. Pak long akan meningkatkan taraf masjid Kulim sebagai Masjid daerah

Itu lah impian paklong kalau paklong jadi YDP KULIM..........

Monday, February 7, 2011

kisah sedih

Paklong nak cerita kisah sedih yang berlaku pada diri paklong  .Pak long ada anak saudara .Namanya mia Sejak dilahirkan mia menghadapi penyakit pertumbuhan pada kepalanya.Doktor kata penyakit dia di panggil hydrolisis disebabkan tiada saluran air di dalam kepala.Disebabkan tiada saluran air pada kepala nya maka kepala mia kian membesar dari hari kehari. Sejak dilahirkan mia hanya boleh tidur sahaja tanpa dapat bergerak aktif seperti kanak kanak yang lain .Tapi ayah dan ibu mia tak putus asa mereka sanggup membelanja kan wang ringgit untuk mia.Seingat pak long mia di operate hampir sepuluh kali dengan perbelanjaan duit sendiri Sehingga kan ibu bapa mia terpaksa menjual rumah yang mereka duduki untuk membayar rawatan mai.Alhamdulilah mia sihat seperti kanak kanak lain walaupun beliau mengalami kesukaran untuk berjalan disebabkan kesan dari ubat yang diberikan .Ayah dan ibu mia tak putus putus memberi semangat kepada mia.Mia bergembira hingga darjah 6 walaupun dia tak pergi sekolah disebabkan kesukaran berjalan mia tetap rajin belajar.Pada suatu hari ibu mia kena penyakit strok menyukarkan dia untuk bergerak.Mia hanya mampu melihat emaknya tanpa dapat melakukan apa apa..Duduk disebelah ibu nya yang sakit.Pada masa yang sama ayah mai cuba minta bantuan kepada pejabat zakat.Sekurang kurang dapat meringankan  untuk pembelian pampers mia .Tapi jawapan  yang di terima kami akan menyiasat tuntutan tuan .Akhir nya setelah ibu mia sedarkan diri mia pergi menemui tuhannya pada umur dua belas tahun .Mungkin dia kesian ibu nya yang sakit tahun ini genaplah dua tahun mia meninggalkan kami.al fatihah buat mia ..........

Sunday, February 6, 2011

Mesir oh Mesir

Pak long ni tak pandai pasai politik atau sejarah .Tapi  bila  pak long tenguk rusuhan rakyat di Mesir baru baru ni menyebabkan pak long nak bagi sedikit pandangan pak long berkiatan perkara ini.Pak long  rasa rakyat Mesir dah tak tahan dah dengan keadaan di negara depa  Barang makanan  meningkat harga.Keadaan pengangguran meningkat .Kebajikan rakyat dah tak menentu.Ini semua faktor menyebabkan rakyat jadi berang.Rakyat dah tak tahan dah.bila harga keperluan dan perkhidmatan meningkat dengan mendadak.Sebab tu pak long rasa di Malaysia kita perlu berhati hati dengan masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan Ia seperti time bomb bila bila boleh meletup.Kerajaan perlu sentiasa memantau keadaan harga barang dan perkhidmatan agar tidak meningkat dengan mendadak dimana memberi kesan kepada penduduk bawahan seperti paklong ni.Tak guna harga getah dan kelapa sawit naik jika harga barang barang  naik juga.Tak guna gaji pegawai kerajaan naik jika harga perkhidmatan dan  barang naik .Pak long harap pihak kerajaan merasai denyut nadi orang bawahan agar tidak jadi macam keadaan di Mesir.Rakyat bila dah marah susah nak dikawal  dan paklong harap kerajaan faham.............

Sunday, January 30, 2011

Kawan ku....Kuyen

Pak long dulu ada seorang kawan .Nama dia kuyen .Dia ni duduk kat rumah paklong kat rumah murah dulu.Pak long tak pasti pasai apa depa panggil dia kuyen sebab nama dia yang sebenar Mohd Fadzli bin Tajuddin .Tapi kami semua panggil dia kuyen.Mungkin sedap dan senang  nak panggil pada masa tu.Kuyen  kawan paklong ni ada tujuh beradik dia ni dok tengah tengah diantara adik beradik dia .Umur  kuyen pada masa itu  umur baya baya pak long la jugak  lebih kurang darjah lima  Kehidupan kuyen pada masa tu kurang lah sikit Sebab ayah dia kawin lain .Jadi depa ni serba kekurangan la sikit   .Seingat paklong kuyen tak pernah bawa duit sekolah.Miskin miskin paklong pun bawa juga limabelas duit pi sekolah tapi kuyen tidak pernah Masa tu kami sekolah petang mak dia akan bekalkan dia dengan  sambal tumis telur atau ikan bilis setiap hari dan minuman dia yang wajib adalah air paip si kola(air paip).Sebelah petang lepas balik sekolah kuyen akan kutip tin milo dan dibubuh tanah dalam tin milo tu kemudian dia tebuk dan di ikat dengan dawai .Kemudian dia akan keliling rumah murah dengan tin milo tersebut tanpa pakai baju .Kalau dia tak main dengan tin milo  kuyen  akan buat wau katak dari kertas atau cari buluh buat capelong.Kuyen kawan pak long  hanya bersekolah hingga darjah enam.Sebab keluarga dia tak mampu nak hantar dia sekolah Badlishah.Tadi bila paklong makan tenghari   makan sambal tumis teringat kat  kuyen .Kuyen dimana kau  sekarang......

Thursday, January 27, 2011

Bonda ku...

Bonda pak long dah tua.Tahun ni masuklah umurnya enam puluh tujuh tahun .Itu pun kiraan dalam pasport mungkin umur sebenar lebih tua lagi. Bonda pak long kini tinggal bersama adik paklong yang perempuan. Pak long ada dua adik perempuan Kadang kadang bonda pak long tinggal dengan pak long kalau dia teringat nak duduk dengan paklong .Tapi dia lebih suka duduk dengan anak perempuan dia mungkin lebih serasi.Ayah pak long dah lama meninggal lebih kurang sepuluh tahun yang lalu. Kini bonda paklong mendapat pencen dari aruah ayah pak long lebih kurang tujuh ratus sebulan .Cukuplah untuk bonda paklong nak belanja.kadang kadang kalau ada rezeki lebih pak long kat bonda paklong walaupun tak banyak bonda pak long tetap menghargai nya Kalau teringat masa dulu bonda berkerja keras membantu aruah ayah mencari rezeki kerana gaji ayah pak long tak seberapa.Dia akan buat kueh belotak dan tauhu sumbat dan  letak kat kedai kopi Borneo depan pejabat MDKT lama.Sebelah petang aruah pak akan mengambil duit hasil jualan kueh tersebut Kadang kadang habis kadang kadang tidak .Tapi depa cukup bahagia.mungkin itu yang dinamakan Pengorbanan.Pengorbanan ayah dan bonda pak ong cukup besar kepada pak long dan adik adik paklong Tadi pak long dengar lagu bonda nyanyian M.Nasir .Teringat sungguh pada bonda pak long .....

Tuesday, January 25, 2011

Cerita Zaman Serpico,Bareeta dan Saturday Night Fever

Pak long pada masa remaja di pengaruhi oleh cerita Serpico Bareeta dan Saturday Night Fever.Depa ni dulu hero paklong .Kalau orang lama mesti ingat dengan serpico lakunan Al  pacino Cerita ni di tayangkan di tv 1 pada masa tu .Yang syoknya hero dia naik motor scrambeler .Budak budak tahun tujuh puluhan gila sangat dengan motor scrambeler .Serpico ni polis yang amanah di bandaraya  NewYork .Dia tak suka pada rasuah menyebabkan dia di pulau oleh rakan sepejabat. Bareeta pula cerita polis menyamar jadi orang jahat.untuk mengetahui kegiatan samseng jalanan dia terpaksa menyamar jadi orang jahat.best ..cerita dia .Pertengahan tahun tujuhan puluhanan kegilaan budak remeja terhadap musik disco masa tu lagu Bee gees sering bermain di mana mana.masa Cerita saturday night fever tengah dok tayang kat panggong Paklong masa tu tingkatan satu pada masa tu pi tenguk wayang kat panggung cathay .Masa tu budak budak mesti pakai seluar baggee warna putih .rasa nak jadi macam john travolta .Jalan pun semacam macam john travolta.Kalau teringat masa dulu pak long tersenyum bersendirian .Teringat kawan pak long nama dia mat noor kami panggil dia noor travolta.la ni dia dah jadi polis kat penang .Cukup lah dulu pak long cerita pasai Serpico Bareeta dan Saturday Night Fever.

Monday, January 24, 2011

Jom Pekena sekitar Pekan Kulim

Pak long ni suka makan .Kali  ni pak long nak cerita sikit pasai kedai yang pada pandangan pak long di katakan sedap dan harga berpatutan .Sesuailah dengan baget pak long .Pagi pagi kalau ada masa mai kena roti canai atau nasi lemak sedap kat taman jati .Nasi lemak dia sedap dan roti canai dia pun sedap.Kedai dia ni tepi jln .mudah jumpa kalau nak mai kat taman jati .Pak long kalau teringin nak makan nasi kandar pak long pi nasi kandar Haja dalam pekan pasai nasi kandar dia original tak buat franchise macam nasi kandar yang lain .Kena lauk daging masak hitam dengan otak lembu   puh......sedap lo...Kalau ada budget lebih boleh pekena udang masak cabai Kalau tengahari boleh cuba makan nasi kat kedai pak bakar depan bank rakyat atau kedai pak omar berhampiran dengan kedai pak bakar.Di antara kedai  kedua dua tu ada kedai nasi dalca .huh sedap.Kalau tak mahu makan berat berat boleh makan nasi ayam periuk besak kat taman mewah Lunas  .Pak long tenguk mat saleh pun makan kat situ.kalau sebelah  malam boleh  mai pekena kooi tiew pak ya kat taman Cengal  .Kalau nak makan makan nasi. panas mai pekena kat fauzan kat taman kempas Nasi dia panas panas.Tu la serba sikit pasai kedai yang pak long selalu makan .Selamat mencuba.............

Sunday, January 23, 2011

Barang..... oh ......Barang

Pak long semalam pi market dgn maklong .Terkejut pak long melihat harga barang .Ikan temenung hampir sepuluh ringgit sekilo ,ayam lima belas ringgit sekilo. Kalau macam ni bawa lima puluh ringgit tentu  tak cukup sekali pi market .Tu tak masuk dengan rempah cabai lagi pening kepala pak long  memikir harga barang yang dok naik setiap hari..Orang yang bergaji besar mungkin tak kisah tapi orang yang bergaji kecik macam pak long ni memang terasa sangat sangat.Pak long harap pihak kerajaan tolong pantau dengan semua peniaga peniaga ni Tapi nak salah peniaga pun tak boleh juga sebab  kita yang  tak  mampu  nak beli  tapi orang lain mampu beli terutama enginer enginer yang kerja kat Kulim  high tech. Depa tu setakat sepuluh dua puluh ringgit sekilo tak jadi hal punya.Tapi pak long  ni mewakili suara penduduk Kulim yang bergaji rendah harap kerajaan tolong bantu  kami .Bukan semua orang yang berpendapatan  tiga empat ribu sebulan yang  duduk di pekan Kulim terutama orang macam pak long ni.Ini yang di namakan harga pembangunan.Pak long hanya boleh berkata barang ...oh..... barang

Friday, January 21, 2011

Dulu lain Sekarang lain

Dulu masa pak long masih kecik kecik pekan kulim macam cerita Sabarudin Tukang Kasut .Pukul 9 mlm dah lengang .Kalau orang lama tu ingat la tang mana steysen bas kulim Kalau nak tau stesyen bas kulim dulu kat medan cita rasa sekarang ni.Restoran yng terkenal pada masa tu Restoran Malaysia .Dulu depan panggung coronation ada bazar makanan .  Sekarang ni dah jadi supermarket YAWATA .Dulu lepas tenguk wayang paklong akan pekena nasi kandar depan panggung coronation harga baru lapan kupang .Dulu paklong bayar duit sekolah baru dua kupang .la ni semua dah mahal .kos kehidupan dah meningkat di Kulim .Semua nya dah mahal di pekan kulim tak macam 40 tahun dulu.mungkin ini harga yang perlu dibayar atas dasar pembangunan Masa pak long tinggal kat KL {kilang lama } masa tu kalau dari pekan KL ke Pekan  Kulim sepanjang jalan yang boleh dilihat hanya lah pokok getah sahaja .tapi pada masa tu pekan kulim tak banyak kereta macam la ni .kalau orang lama macam pak long ni mungkin tak sangka kulim akan ada High Tech. Giant, MC D dan akan datang Tesco sebab dulu pekan kulim pekan kecik saja .Paklong kalau nak beli baju raya pada masa tu  kena pi BM atau Penang  sebab masa  tu kulim tak dak lagi supermarket .Tu la orang tua tua dok kata dulu lain sekarang lain

Sepetang di Pekan Kulim bersama Pak Long din

Pak long dilahirkan 47 tahun yang lalu di pekan Kulim tempat beranak di kampung kilang sagu .Bagi orang tempatan tentu tahu di mana kampung kilang sagu tu .Kawasan   tersebut merupakan  setinggan .Pada masa tu ada lebih kurang 20 rumah orang melayu dan sekeliling nya rumah orang cina.Walau pun pak long tinggal bersebelahan dgn rumah orang cina tapi depa tak kacau kami sebab kebanyakan orang melayu yang tinggal di kawasan ini keturunan dari jawa dan petani .Kata pak pak long {dah aruah dah}tok paklong  dulu pendatang dari Indonesia datang ke kulim untuk mencari makan di sini tahun 30an .Kemudian dia berkawin dgn orang tempatan .Sebab tu darah jawa masih kuat di dalam diri pak long .Kawasan rumah pak long pada masa tu ada orang tanam padi sehingga awal tahun 70 an .Lepas tu depa tak tanam dah mungkin orang muda tak mahu kerja bendang kebanyakan kerja dengan gomen  dan berniaga .Pada tahun 1970 ayah pak long berpindah ke pekan kilang lama lebih kurang 2 batu dari pekan kulim .Tinggal kat rumah murah kilang lama sebab ayah pak long orang gomen  Nanti pak long cerita lah pasai kehidupan pak long kat KL  tapi nak tenguk sambutan dulu